Wednesday, June 29, 2011

Ibubapa & Anak-anak ( yang ke IPT )

Kekurangan pendedahan suasana di Insititusi Pengajian Tinggi membolehkan golongan pelajar yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun terdedah kepada kejutan budaya. Mereka seharusnya diberi nasihat secukupnya terutamanya dalam menjaga tatasusila dan adat melayu yang berlandaskan Islam.

Memberi pesanan kepada anak-anak agar sentiasa menjaga maruah keluarga dan mendalami ilmu agama kerana dengan ilmu agama yang ada..... insyaallah anak-anak akan terhindar dengan permasalahan sosial masa kini.

Kepada anak-anak yang berjaya ke IPT belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan pandai-pandailah mencari kawan agar dapat menamatkan pembelajaran dengan sempurna.

Friday, June 24, 2011

Fikir fikirkan lah..........

ketika
kita kejar dunia
dunia akan lari..
.....
tetapi
pabila
kita kejar akhirat
dunia akan mengejar kita...

4 Tahap Mendidik Anak...........

Untuk mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

RENUNGAN BERSAMA

Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan
berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kerja...kerja...kerja

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’



1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab.
’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Thursday, June 23, 2011

Persediaan Sebelum Tidur....

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

4 Sifat orang yang Berjaya dalam Hidup


Sebagai hamba Allah, pastinya kita menginginkan kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Kita akan memperolehi semua yang di impikan tersebut andai kata kita sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak akan tersesat lagi di dunia yang penuh dengan cabaran dan juga godaan ini dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan utama dalam hidup. Di sini ana ingin berkongsi sedikit informasi mengenai bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini di dunia dan juga di akhirat. Ada 4 sifat orang yang berjaya dalam hidup. Antaranya ialah:

1. Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T yakni mempercayai bahawa alam ini adalah ciptaan Allah S.W.T. Yakin bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah datang daripadaNya. Untuk beriman kepada Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya hendaklah mengenal Allah. Ada beberapa cara untuk mengenal Allah S.W.T, antaranya ialah Allah S.W.T tidak sama dengan segala mahkluk yang ada di alam ini.Ilmu yang berkaitan dengan mengenal Allah ini dipanggil Ilmu Makrifatullah.

2. Orang yang melakukan amalan yang baik. Kita hendaklah memikirkan samada sesuatu perbuatan yang dilakukan itu bertentangan dengan syariat islam ataupun tidak, jika bertentangan segeralah kita menjauhi perbuatan tersebut. Baik ataupun jahat perbuatan itu dipanggil amalan. Yang membezakannya adalah amalan yang baik ataupun jahat.

3. Orang yang mengajak orang lain berbuat kebaikan. Yakni seperti mengajak orang lain mendengar kuliah dan ceramah agama, mengajak untuk pergi menunaikan solat di masjid dan sebagainya. Perkara kebaikan ini selalunya tidak berlaga dengan nafsu ataupun tidak serasi dengan nafsu.Jadi untuk melakukan perkara kebaikan kita hendaklah kuat melawan nafsu.

4. Orang yang bersabar dalam melakukan perkara kebaikan. Jika kita mengajak seseorang itu melakukan kebaikan pastinya kita perlukan kesabaran. Jadi banyakkanlah bersabar supaya kita sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman. Diantara perkara yang memerlukan kesabaran adalah sabar dalam mencegah kemaksiatan dan kemungkaran dan juga sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Jadi, marilah sama-sama kita mengamalkan 4 sifat yang disebutkan supaya kita sentiasa tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di sisi Allah S.W.T dan mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat.



Sumber daripada Kuliah Ustaz Shamsul Zaman

10 Perkara Menyebabkan Kita Tidak Boleh Menjadi Cemerlang


10 perkara yang menyebabkan kita tidak boleh menjadi insan cemerlang ialah:

Kita kenal Allah tetapi tidak menunaikan hakNya

Kita kenal Rasul, tetapi tidak mengikut sunnahnya

Kita membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya

Kita mengautkan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur

Kita percaya syaitan itu musuh, tetapi tidak berusaha melawannya

Kita percaya mati itu benar, tetapi tidak bersedia

Percaya syurga tetapi tidak berusaha untuk memasuki

Percaya kepada neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhi

Percaya kepada menghantar rakan ke kubur tetapi tidak ambil pengajaran

Kita bangun dari tidur, cerita aib orang lain, tetapi lupa aib diri sendiri

Wednesday, June 22, 2011

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

Selalu bangun sebelum subuh


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.




Aktif menjaga kebersihan


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)




Tidak pernah makan berlebihan


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.


Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.



Gemar berjalan kaki


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.




Tidak pemarah


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.


Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.




Optimis dan tidak putus asa


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


Tidak pernah iri hati


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”




Pemaaf


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.


Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.