Saturday, April 30, 2011

Kampung ohh kampung

Kekadang bila tak ada kerja mulalah termenung dan teringat kat kampung. Walaupun di bandar penuh dengan hiburan tetapi tak sehebat alunan kicauan burung , desiran dedaun, sang kodok mendendangkan lagu, percikan air embun jatuh ke atap zink dan beraneka bunyilah yang pernah masuk ke gegendang telinga aku. Memang tenang dan aman suasana sebegitu. Ohhhh.....bertapa romantisnya situasi sedemikian.........



Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu

Kampung halaman
Yang lama ku tinggalkan

Betapa indahnya negeri orang

Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyior

Dengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaian mu
Aku sering merindui kasih mu

Tuesday, April 26, 2011

Perlukan kemenangan......

Tewas dengan Terengganu sebelum ini pasti akan menjadi tonik kepada pasukan Perak melayan kunjungan pasukan Kuala Lumpur pada malam ini. Apakah Perak akan pulih dari lamunan? Kalah kepada Sabah menang keatas Kelantan disusuli tewas kepada Selangor kemudian seri pula dengan Terengganu dan terbaru tewas ditangan pasukan Terengganu di perlawanan pusingan kedua. Dilihat macam 'yo-yo' dah pasukan Perak. Nasib baiklah perlawanan di tempat sendiri masih kekal rekod tanpa kalah....kalau tidak bilangan penyokong pasti berkurangan secara drastik.

Nak dikatakan jadual perlawanan padat, pasukan lain pun terlibat sama. Jadi no reason. Apa pun aku yakin dengan pasukan Perak. Lagipun kedudukkan mata bukan jauh sangat pun. Kita tunggu jer perlawan malam nie,...kedudukan pasukan pasti berubah.

Info-  menentang KL...Perak tidak pernah menang sejak 2005....apakah catatan sejarah akan berlaku malam ni????

...Kejor Yob Kejor....

Friday, April 22, 2011

Kedudukan Tamat Pusingan Pertama

Berikut merupakan kedudukan pasukan selepas menamatkan Liga Super 2011.
 
 
Team Played Points
1 Selangor 13 29
2 Terengganu 13 25
3 Kelantan 13 24
4 Kedah 13 24
5 Perak 13 23
6 Kuala Lumpur Felda United FC 13 18
7 Harimau Muda A 12 15
8 Terengganu PBDKT T-Team 13 15
9 Kuala Lumpur 13 14
10 Pahang 13 13
11 Johor FC 13 13
12 Negeri Sembilan 13 12
13 Sabah 12 11
14 Perlis 13 7

Thursday, April 21, 2011

Akhirnya.......

Di BPL team Liverpool menjadi team favourite aku, tapi kalau di La Liga team Real Madrid menjadi pilihan. Pagi tadi Real Madrid memenangi piala Copa del Ray menewaskan Barcelona 1 - 0 hasil tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan selepas bermain 90 minit tanpa jaringan.


27.04.11 sekali lagi pasukan ini bertemu tetapi pada saingan Piala Juara Juara Eropah  (UEFA Championship), peringkat separuh akhir pertama. Tiga pertemuan sebelum ini menyaksikan Real Madrid menang, seri dan kalah sekali. Siapakah antara mereka yang akan layak memasuki perlawan akhir Piala UEFA? Sama sama kita tunggu siapa lebih hebat antara Jose Murinho dan Josep Guardiola ataupun antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Wednesday, April 20, 2011

Anakku Sazali Dulu & Sekarang.....

Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang anak yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan.....itu antara butiran jalan cerita filem Anakku SAZALI.....sebuah filem yang di lakonkan oleh allayarham P.Ramlee yang menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramle memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa. Hebat cerita nie.


Kekadang terfikir jugak.......... kalau zaman dahulu kasih sayang yang diberi oleh  ibubapa mengakibatkan anak menjadi liar....tapi sekarang dah berubah,...kekurangan kasih sayang dan kepercayaan dari ibubapa antara penyebab anak menjadi liar.....

Dimana silapnya....???

Fikir-fikirkan lah........

Tuesday, April 19, 2011

Hari Keputeraan Sultan Perak ke 83


Menjunjung kasih dan merafak sembah tahniah di atas keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

Semoga Perak Darul Ridzuan terus maju di bawah payung pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku.

Monday, April 18, 2011

Demam Pepereksaan IPTA/IPTS.....

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Kepada yang minta nasihat..... itu jer lah yang dapat di perkatakan....semoga anda semua berjaya ...insyaallah....amin.

Saturday, April 16, 2011

IBU Insan HEBAT.



KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA...., itulah ungkapan yang sering kita dengar. Ungkapan itu memang tepat dan ada kebenarannya

Hebat sungguh pada sesiapa yang bergelar ibu. Ibu adalah segala-galanya.

ADA seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya:

Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.


Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?


Nabi menjawab: Ibumu.


Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?


Nabi menjawab lagi: Ibumu.


Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?


Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata “kasih ibu membawa ke syurga” yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu, kesinambungan daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat Imam Ahmad)

Islam juga meletakkan taraf seorang ibu pada kedudukan yang terpuji dan tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.

Rasulullah s.a.w, ketika ditanya mengenai amalan yang dicintai oleh Allah, maka baginda bersabda di antaranya ialah berbakti kepada ibu bapa, selain solat pada waktunya dan berjihad di jalan Allah. Pernah baginda menyuruh salah seorang sahabat baginda agar tidak menyertai perang jihad disebabkan beliau masih mempunyai ibu bapa kerana berbakti kepada kedua-duanya adalah juga dikira sebagai jihad.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Pernah kita dengari dengan kata-kata “wanita itu kaum yang lemah.” Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalannya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.

Pengorbanan seorang ibu sukar dibalas. Malah seorang wanita bergelar ibu tidak pernah meminta jasanya dibalas.

Justeru, sebagai tanda rasa cinta dan kasih kepada insan yang bergelar ibu, marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala kehendak mereka, selagi tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat, sekiranya ibu bapa kita masih hidup. Seandainya mereka telah meninggal dunia, doakan semoga Allah s.w.t merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan yang soleh. Amin.

Khas Buat Pelajar


Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada kepada Allah SWT
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Thursday, April 14, 2011

Hitam Putih Bolasepak

Bukan ker bagus kalau setiap minggu boleh senyum dan gelak macam malam selasa ari tue kan? Aku rasa persembahan terbaik Perak pada musim 2011 dengan menundukan Kelantan 4-0. Tahniah! tahniah! tahniah!....

Selepas kekalahan dengan Sang Badak hari sabtu yang lalu, Perak bangkit semula pada perlawanan dengan Kelantan. Tak sangka penjaga gol kebangsaan ( Khairul Fahmi a.k.a Apek) melepaskan gol sebanyak itu. Teman tak ler ke stadium pada masa game berlangsung, hanya sekadar menyaksikan di kaca TV saja. Terpaksa menjalankan tugas yang tak dapat di elakkan.

Pada malam tue cuaca di Ipoh boleh dikatakan elok......so Perak bolehlah main ikut tempo mereka. Tak seperti masa kalah di Sabah, hujan...air bertakung sana sini. Setahu aku Perak kalau main dalam hujan memang tak menarik. Sebab Perak lebih kepada bermain secara one touch football...fast game.....mcm tulah pandangan aku. Kalau main padang becak...hmmm mcm hampeh.

Malam tu aku tengok semua pemain bersemangat, mungkin kerana bertambahnya bilangan penyokong yang membanjiri stadium Perak. Satu bonus kepada pemain Perak. Yang tak bagusnya cuma satu.....berlakunya kekecohan antara penyokong Perak dgn penyokong Kelantan (info dr teman yang ke stadium). Mana letaknya SEMANGAT KESUKANAN. Yang lebih memalukan sesama MELAYU pulak tue.

Kalau setakat kutuk mengutuk tue mungkin kita boleh faham, tapi kalau dah baling membaling objek ni dah keterlaluan. Mana budaya kita. Kekadang aku sendiri tak faham apa motif sebenarnya. Setakat mengata mengutuk biasa la.....tapi kalau dah ada yang cedera ni dah kes naya. Bayangkanlah kalau yang cedera anak2 kecil yang tak tau apa pun....tak ker rasa bersalah.??

Biasanya yang buat hal nie bukan penyokong setia dari kelab. Tapi penyokong yang hanya datang ke stadium bila team menang. Penyokong ini boleh dikategorikan "penyokong bila menang suka bila kalah murka". Aku fikir .... penyokong yang sentiasa ikuti rombongan penyokong mereka lebih sporting. Mereka lebih memahami bila berada di stadium away game.

Biasalah bila hati dah panas semua boleh jadikan.... 4-0 banyak tue.....Mungkin penyokong Kelantan pun tak menyangka kalah dgn jaringan sedemikian.


Teringat masa zaman aku gilakan bola (zaman bujang) . Semua stadium aku pergi kecuali Sabah dan Sarawak jer. Ni aku nak berkongsi pengalaman bersama..... pada era 90an......aku ke stadium Kelantan (Sultan Muhd ke 1V). Masa tue tak silap aku Perak draw.... Adalah seorang player Perak main kasar sikit semasa perlawanan......habis game kena lempar dengan air kencing yang dibungkus dgn plastik minuman oleh penyokong Kelantan semasa masuk ke bilik persalinan. Kesian aku nengok player tue.....tapi aku respect kat dia sebab sikap profesionalnya.....Tu lah kekadang penyokong yang lebih-lebih. Pemain steady jer. Fanatik sesangat.

100% aku confirm penyokong seperti ni sebenarnya penyokong yang hadir ke stadium laman sendiri jer. Tak pernah mengikuti rombongan apabila pasukan bermain di away game.,,,,, Tapi kalau masuk final baru ler ke nampak muka di Stadium Bukit Jalil. Kesimpulanya....kekecohan yang selalu berlaku  dimana mana stadium di Malaysia nie sebenarnya angkara mereka yang digelar " PENYOKONG BILA TEAM MENANG SUKA BILA KALAH MURKA".....aka....penyokong  yang bila pasukan mereka  menempah ke perlawanan akhir baru ler ke stadium Bukit Jalil.

Sunday, April 10, 2011

Renungan buat x-ITC

Ramai bekas pelajar ITC yang telah menamatkan pelajaran di menara gading. Mana yang dah bekerja tu alhamdulillah nampaknya rezeki anda tue ada. Ada juga segelintir yang masih terkial-kial mencari pekerjaan. Sememangnya agak perit mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita dimasa kini ditambah pula dengan jurusan yang kita perolehi. Ramai antaranya mengambil jurusan kejuruteraan, bidang yang ketika zaman dahulu ramai pelajar tertarik.

Kalau diawal 70an, 80an dan 90an sebut jer ada diploma atau degree dalam engineering pasti mereka akan mudah mendapat pekerjaan. Sebabnya tidak ramai yang menceburi bidang ini dan permintaan pun banyak. Tapi tidak di era Y2K dimana bidang ini telah mengeluar ratusan ribu graduan. Saingan begitu sengit. Peluang pekerjaan sikit dibandingkan dengan jumlah graduan yang umpama macam cendawan tumbuh.

Tidak hairanlah ada yang bekerja sebagai kerani tetapi memiliki segulung ijazah. Bekerja di dalam makmal tapi mempunyai diploma dalam bidang sivil atau mekanikal. Yang pasti dimana ada peluang disitulah kita rebut tanpa menyedari sebenarya kita mempunyai skill dibidang yang lain. Terdesak dengan keadaan semasa, apa pun tak kisah. Janji dapat menampung sara hidup dah memadai.  Kekadang terfikir juga betapa rugi sekiranya kemahiran yang kita ada tidak digunakan pada tempat yang betul. Cuba bayangkan belajar sampai nak gila tapi lain pulak endingnya.

Tapi tak perlu dirisaukan kerana menuntut ilmu tu tidak merugikan. Mungkin dimasa akan datang kita akan menggunakan ilmu/kemahiran yang kita miliki itu ditempat lain..... Siapa tahu???? Sekurang2nya kita telah memperolehi ilmu dan pengalaman didalam 2 bidang. Secara tidak lansung ia merupakan bonus untuk kita.


Itu cerita siapa yang berminat makan gaji. Bagaimana pula dengan segelintir yang mengimpikan bisnes sendiri. Dah ler kerja susah nak dapat maka berjinak2 dengan bisnes kecil2an. Pada yang mempunyai cita2 sebegini fikirlah semasak-masaknya. Bukan mudah untuk melakukan sekira tidak mempunyai semangat yang kental.


Peringkat awalan memang merumitkan.Sebelum hendak memulakan sesuatu bisnes tanyalah pada diri sendiri apakah kita mampu menghadapi risikonya. Pendekata banyak perkara yang perlu dikaji. Pada yang berkeinginan mempunyai bisnes sendiri, fikirkanlah sedalam-dalamnya. Dalam Islam pun digalakan berniaga.


Pada x-ITC yang baru mula meniaga, selamat menempuh dugaan dan rintangan. Harus bersedia menghadapi cabaran2 yang mendatang. Jangan putus asa. Maju dan terus maju. Pada yang dah tak bertahan lama perniagaannya selamat bekerja menikmati status makan gaji. Pada yang teingin nak meniaga fikirlah semasak-masaknya. Apa pun semuanya di tangan anda. Anda yang menentukannyer. Semoga segala yang kita hajatkan akan dirahmati dan di redhai olehNYA.

Friday, April 8, 2011

Perak Piala Presiden 2011

Teman lupa la pulak nak citer pasal team Piala Presiden Perak. Dok sibuk Liga Super tetinggei citer Liga Presiden. Pasai ingatkan member teman si Burn punca teringat macamana ghupernyer President Cup. Kesian teman nengoknyer...kisah deme nie tak banyak kuor kat media cetak maupun media tronik. Tak adil bebenor. Pada photografer kuor2 ler gambor deme.....ekekeke.

Ghupe2nya team Piala Presiden pun mencapai rekod yang baguih. Sejak lapan perlawanan terakhir deme tidak pernah kalah. Wahhhh...hebat .Tahniah ler buat member teman.... Sdr Abu Bakar Fadzim dan Sdr yamsul Saad.




Tak sangka selain menjadi antara bekas pemain terhebat semasa mewakili Perak, ghupanya berkebolehan juga menjadi jurulatih. Nak komen sikit...apa ker har banyak bebenor draw.Dah macam zaman Chan Sze Onn memimpin Perak dulu....bila game asyik seri jer memanjang. Kena kerja kuat la sikit yer yob. Bior sama naik nyer dengan abg2 di Liga Super.

To my friends ( Burn n Choi)....semoga berjaya mengasah bakat junior2 hingga sampai menjadi pemain yang sensasi buat pasukan Perak dimasa akan datang.

Rk.Kumpulan APMSKJBPGMata
1Sabah118122591625
2Kelantan10631189921
3Johor FC11623129320
4Kuala Lumpur Sime Darby FC115241412217
5Perak11452148617
6Perlis115241713417
7Terengganu PBDKT T-Team103521614214
8Kedah103251415-111
9Selangor112451425-1110
10Pulau Pinang11119516-114
11Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP)11218625-194

Wednesday, April 6, 2011

Hantu Kak Limah ke Stadium Perak

kita bakor aje

Wah hebattt..........penangan HKLBK sampai ke stadium Perak. Selepas menjaringkan gol pertama untuk Perak, Akmal dan beberapa pemain Perak ke pepenjuru padang sambil melambai tangan ala Usup wilcha. Husinnnnn........ekekeke. Memang seronok kalau berada di stadium semalam. Plus ada kelab penyokong yang sentiasa menghiburkan. Slot HKLBK antara agenda salah sebuah kelab tersebut. Bagi mereka yang tak pernah  kestadium pasti terhibur dengan  alunan sebuah kelab yang sentiasa mendendangkan lagu lagu. Pada kelab tersebut ( nama dirahsiakan) yang ahlinya lebih kurang 30 -40 orang, tahniah untuk anda. Tanpa anda pasti tak meriah suasana di stadium. KEEP IT UP.

BRAVO PERAK, REAL MADRID & SHALKE


PERAK 2 - 1 PERLIS......Tak dapat p stadium malam tadi. Ada perkara yang nak diuruskan. Nasib baik Perak temu dengan Perlis. Kalau dgn Kelantan dan Selangor...memang menyesal kut. Apa pun tahniah yob sebab rekod tanpa kalah masih kekal. Thanks Akmal  dan Sharul. Aku cuma dapat berita dari anak buah aku yang ke stadium. asal gol jer dia sms aku. Thanks Shade. Kamu mmg penyokong fanatik....ekekekeke.

Lewat pagi plak aku nengok UEFA Championship. LIVERPOOL? ....bukan, ......Real Madrid,.....Hebat Real Madrid menang dgn Totenham Hotspur 4 - 0. Peter Crouch kena kad merah. Kelakar pemain nie. Channel 813 pulak Inter Milan kalah kepada Shalke 2-5.

Esok nunggu Man U lawan Chelsea.   siapa agaknya akan menang???? Yang pasti aku tak kisah pun siapa menang. Sebab bukan team aku......... hahahaha.

SMK Pengkalan U-18 Johan Zon

Lama tak menulis di tampalan ini. Hari Isnin yang baru nie aku dan AJ telah ke Tepian Gelanggang (Kompleks Sukan Negeri Perak) menyaksikan perlawanan sepaktakraw bawah 18 tahun, peringkat sekolah daerah Kinta memasuki peringakat separuh akhir dan akhir. Seperti biasa ada anak buah aku main mewakili SMK Pengkalan. Disaingan separuh akhir SMK Pengkalan berjaya menewaskan SM Teknik Lebuh Cator. Memang dah diduga mereka berjaya ke saingan akhir.



Yang menunggu di akhir ialah SMK Jati. Saingan memang sengit hingga berlarutan ke regu ketiga. Cuak jugak sekolah SMK Pengkalan. Tapi nasib menyebelahi mereka. Secara peribadi memang kedua dua sekolah memiliki kelebihan sendiri.


Sebenarnya aku kesana nak tengok SM Gunung Rapat main. Sekolah ni memang sekolah projek sukan negeri Perak. Kebetulan SMGR juara zon A. So, mereka bertemu dengan SMK Pengkalan. Manakala SMK Jati bertemu dgn SMK Ulu Kinta.

Tepat pukul 2pm game pun dah nak mula. Sesi warm -up saja dah rasa gerun jer pemain SMK Pengkalan bila nengok SMGR. Bukan setakat tue.....cikgu deme pun dah mengaku kalah sebelum bertanding. Aku mengikutilah  regu pertama bermain. Alahai ...memang macam langit dan bumi.


Aku rasa SMGR hanya menggunakan 50% jer kut. Feeder SMK Pengkalan memang nak bunuh killer dia, Angkat bola entah kemana-mana. Hahahahaha.....lagi bagus feeder bawah 15 tahun SMK Pengkalan. Jenuh ler killer mencari bola. Aduhhhh ....kelakar pun ada. Mungkin gerun kut bila bertemu SMGR. Muka pun nampak cuak. Regu kedua aku tengok sekerat jalan jer. Dah boleh tau keputusannya....memang sah mereka kalah.


Tapi tahniah jugak kepada SMK Pengkalan yang berjaya sampai ketahap itu. Sekurangnya mereka berjaya menjadi johan zon B. Tahniah pada cikgu takraw (  cikgu B dan cikgu T ) SMK Pengkalan yang telah membawa sampai menjadi johan zon. Antara gambar2 yang sempat di rakam.:









Sunday, April 3, 2011

Rekod Bersih Lagi

Hahaha.... seperti di jangkakan Perak menang lagi. Mangsa seterusnya Felda United. Nama jer Felda United, tapi pemain2nya semua dah ada nama seperti Liew Kit Kong, Nizarudin, Khaironissam (Botak), K Rajan dan ramai lagi lah...Walaupun star studded, tapi kalah jugak dgn Perak. Main robust betol Felda ni. Maklumlah konon nyer nak jadi pasukan pertama mengalahkan Perak di Liga M.....Hahahahaha...tak kesampaian. Thanks Akmal. Jaringan yob memberi mata mutlak kepada Perak.

Tapi disebalik kejayaan Perak malam tadi aku respect si Khairi Taliban. Banyak kali mengekang pemain2 Felda. Walaupun usia dah 30+ tapi masih bertenaga. Dasyatttt. Si keeper Nasril pun malam ni main bagus gak. Banyak save bola. Kekadangan gayat gak tengok dia ni main. Hahaahahah style dia kut...

Lepas ni lawan Sabah 09/0411 (away) dan yang paling di tunggu lawan Kelantan 12/04/11 (home). Memang best. Bulan April saja ada 9 games. Memang menguji ketahanan mental dan fizikal. Apapun aku harap tahun ni Perak akan menjadi salah satu pasukan yang mencabar. Dah lama tak ke stadium Bukit Jalil nie.....

.KEJOR YOB KEJOR......












Ked Pasukan P M S K J KJ +/- Mata
1 Kelantan 8 5 2 1 15 6 +9 17
2 Selangor 8 5 2 1 12 7 +5 17
3 Perak 8 4 4 0 8 2 +6 16
4 Felda United 8 4 2 2 8 4 +4 14
5 Terengganu 8 3 3 2 13 9 +4 12
6 Kedah 8 3 3 2 5 5 0 12
7 Pahang 8 3 1 4 11 12 -1 10
8 Negeri Sembilan 8 3 1 4 7 10 -3 10
9 Harimau Muda A 7 2 3 2 10 8 +2 9
10 T-Team 8 2 2 4 8 9 -1 8
11 Kuala Lumpur 8 1 4 3 4 7 -3 7
12 Johor FC 8 1 4 3 4 10 -6 7
13 Sabah 7 1 2 4 3 8 -5 5
14 Perlis 8 0 3 5 5 16 -11 3