Friday, July 22, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Thursday, July 14, 2011

Cer cerita sikit Rajagopal.........


Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Monday, July 11, 2011

ZULFADLI......JAGUH DALAM PEMBIKINAN......



Zulfadli Zulkifli muncul pemain Malaysia pertama merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Verma Sameer 21-15, 21-17 di Lucknow, India , 9 Julai yang lalu.

Tahun lalu, Zulfadli muncul pemenang pingat gangsa apabila kandas di separuh akhir Remaja Asia yang berlangsung di Bukit Kiara.

Zulfadli, 18, pemain yang tidak berada dalam program pembangunan BAM kerana tidak menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) diakui berbakat sejak di awal belasan tahun lagi.

Yang menjadi tanda tanya???......kenapa Sekolah Sukan Bukit Jalil tidak dapat mencungkil pemain seperti Zulfadli sedangkan kemudahan telah sedia ada sepenuhnya.

Bagi saya Zulfadli sudah buktikan dia yang terbaik dan berada di ranking pertama perseorangan lelaki remaja.


Tahniah! ....tahniah buat Zulfadli....... Harapan saya akan menjadi jaguh badminton negara diperingkat senior suatu hari nanti.......insyallah.

.

Friday, July 8, 2011

Berakhirnya Liga Super 2011

Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi. 

Abdul Hadi Yahya. penyerang pasukan Terengganu pula memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga.
 
Kejayaan skuad Kekantan itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulangnya. 


Berikut kedudukkan Liga Super 2001

Played Points
1 Kelantan 26 56
2 Terengganu 26 53
3 Selangor 26 52
4 Kedah 26 45
5 Harimau Muda A 26 43
6 Perak 26 40
7 Johor FC 26 34
8 Negeri Sembilan 26 32
9 Terengganu PBDKT T-Team 26 31
10 Sabah 26 28
11 Kuala Lumpur Felda United FC 26 28
12 Kuala Lumpur 26 26
13 Pahang 26 22
14 Perlis 26 10

Wednesday, July 6, 2011

Harimau Malaya?......takutttttttt


Ke manakah  arah tuju pasukan bolasepak Malaysia... Adakah dengan melangkah ke pusingan kedua menentang Singapura akan menjadi satu titik tolak kepada kemajuan negara dan mencapai lebih banyak kejayaan atau hanya sekadar menang nasib yang diperkatakan... dimana pengkritik kita yang lantang bersuara mempersoalkan permasalahan bolasepak negara???.........

Sebenarnya impian kita untuk menyaksikan kualiti bolasepak Malaysia memang satu angan-angan kosong. Di Malaysia peminat bolasepak seperti tidak keruan. Contohnya pasukan MU,L'pool, Chelsea.Arsenal dll, langsung tak mengenali rakyat Malaysia....tapi kita bersungguh2 (sampai pukul 3 pagi) pun sanggup bangun untuk menyaksikannya. Sebab apa???....sebab pasukan pujaan kita. Semua pemain kita tahu latarbelakangnya. Dari mana?...dari laman web pasukan tersebut.

Tapi di Malaysia.... masalahnya .....dimana kita nak letak semangat sukan bolasepak  negara di hati (patriotik)kita ...sedangkan laman web FAM sendiri pun tak up to date. Laman web perlu dikemaskini dan di update baru lah peminat dapat mengenali player, management dll. Info mengenai player alahai ciputtt.....malas la nak citer. Faham2 sudah......kalau ikut kan nama panggilan mak aiiiiiii .....dasyat n gerun....aauuummmmm......Harimau Malaya.

Tuesday, July 5, 2011

Bila Harimau Nak Mengaumm???




Hahahaha....Rajagopal baru sedar dari lamunan.....selama ni dibuai mimpi...dah kena dengan pasukan kerdil baru gelabah.....baca DISINI.......kena kerja kuat lah sikit coach.....kalah pada pasukan yang ranking atas dari Malaysia tak pe la....ini tidak. Belum boleh diberi gelaran jurulatih yang disegani...."biasa biasa jer".



Kita tunggu next game dgn Singapura. Hope Malaysia boleh buat sesuatu. Players dah cukup cantik...cuma adunan yang direncanakan tak betul. .... sendiri mau ingat la.

AauuumMMM....



Malaysia layak walaupun MENANGgung kekalahan....

Malaysia 2 - 3 Taiwan......... hmmmm mmg jauh lagi ler perjalanan team Malaysia. Dengan Taiwan yang berada di ranking bawah pun tak leh nak menang. Seri pun tak kisah...tapi hampehh kalah. Hahahahah...aku mmg dah duga Malaysia layak ke pusingan ke 2, tapi ingatkan layak pasal menang di kedua dua game,,,, rupa nyer layak atas gol di tempat lawan... Memang kelakar, nasib baik la menang di Bukit Jalil 2 - 1.

Yang pasti aku nak tengok sejauh mana pasukan bimbingan Rajagopal nie  akan melangkah. Bagi aku pemain bukan masalah sebenar jika sesuatu kekalahan atau kemenangan. Yang penting coach. Coach kena tau apa yang diperlukan dalam teamnyer.... agak tak bagus, buang jer.  Kalau bagus, kekalkan.... Itu jer. So 60 % dari pencapaian pasukan terletak pada coach. Tidak ada sebab nak menyalahkan pemain. Coach yg me 'line-up' pemain.

Aku nak tengok sejauh mana Rajagopal boleh pergi.....kalau tengok wawancara di media elektronik...perghhhh mcm bagus jer......