Thursday, March 31, 2011

Atan dan Gejon

Sekali lagi aku n the gang ke kompleks sukan Ipoh. Pagi aku terserempak dengan member lama di Stadium Perak Sdr Zakaria Mohamed. Untuk pengetahuan pembaca dulu beliau merupakan ketua pasukan Harimau Malaysia yang pertama. Pernah bermain dengan pasukan Perak di tahun 80an. Pernah juga menjadi asst.coach Perak semasa Perak dibawah coach  Karl Heinz Weigang dan Steve Darby.


Aku diberitahu beliau.... pada malam ni ada perlawanan antara veteran MB dan veteran Malaysia (seperti tetera diayas) . Oleh kerana ada kerja, aku tak dapat tengok game ni. Terkilan pun ada. Dikhabarkan member aku Sdr Azizul Abu Hanifa pun di jemput bermain sama. Perghhh.... hebat. Lama tak tengok kelibat si Gejon (nama timangan) ni. Bagi aku sampai sekarang pasukan Malaysia masih tidak ada calon calon yang berkaliber yang boleh mengganti posisi tempat dia. ..."Jenderal padang", "Arkitek padang" dan macam macam lagi la nama jolokkan si Gejon nie. Midfielder Terbaik Malaysia.

Mengimbas  masa zaman sekolah dahulu....pada usia 15 tahun beliau bermain untuk dua team...bawah 15 tahun dan 18 tahun. Zaman dulu, U-15 bermain pukul 3 pm dan  U-18  main selepas U-15 tamat......Cuba bayangkan mcm mana tue.....memang hebat dia nie. Skill dia usah di kenang ler. Memang dasyatttt.. Tak silap aku pada usia 16 tahun dia dah pun mewakili Malaysia (belia) yang ketika itu bermain di Singapore.




barisan belakang 5 dari kanan


Rugi aku tak dapat nengok dia main. Kalaulah kerja aku tu tak urgent, dah lama aku ke Stadium Perak. Bukan senang nak tengok lagenda main. Tambah dah di mamah usia. Macam macam aksi yang lucu akan timbul........

Pada member lama aku nie ( Atan n Gejon )...selamat berjaya dan semoga sukses selalu. Lama tak pekena teh tarik wife kome yob...the best kuttt. 

YB Zakaria Mohamed

Wednesday, March 30, 2011

Nasib Malang Ber'fixie'

???

Inilah akibat nya kurang mahir berfixie. Kelakar pun ada. Bila jumpa je mesti orang tanya..."eksiden dengan apa?" atau " ...jatuh motor ke?".....alih2 jawapan .."...ish tak lah...jatuh basikal". Anggapan pertama orang yang menanya mesti tak percaya. Tapi tue lah hakikatnya. Sebenarnya buat "skiding" tak pass lagi. Mana idaknyer....dengan momentum badan yang boleh dikategori ...... nak buat 'skiding' .Kena teknik yang betul baru la boleh bro. Ni baru main sebulan (itu pun seminggu dua kali) dah nak mencuba. Apa lagi....kesannya mcm gambar diatas.

Pergi hospital dapat MC sebulan. Seronok pulak dia.


Pada yang berstatus pelajar bila berfixie tue berhati hati. Kalau jadi mcm yang diatas tue kan ke rugi. Banyak pelajaran ketinggalan. Tujuan utama untuk beriadah dan menjaga kesihatan tapi sebaliknya. Kalau nak buat aksi 'stunt' belajar pada yang dah ada pengalaman. Jangan mencuba tanpa guide dari mereka.InsyAlllah mereka akan tolong.

SELAMAT BER'FIXIE'


SMK Pengkalan ( Takraw U-15)

SMK PENGKALAN (U-15)
Semalam bersama FAJ dan AM pergi ke Komplek Sukan Ipoh menyaksikan anak buah ITC bertanding dalam sepak takraw bawah 15 tahun antara sekolah sekolah daerah Kinta. Sebelum tue singgah ke gerai yang lama tak aku lawati. Mungkin dah 5 tahun kut. Pekena kueteow kerang + sup fish ball. Perghhh...mmg tak ubah rasanyer. Yang berubah cuma harga nya. Kalau dulu RM 2.50 sekarang dah RM 3.70. Mahal kalau sedap apa ada hal. Memang puashati.

Luar dewan

Habis sarapan kami pun pergilah ke kompleks sukan. Rupanya anak buah aku dah pun membuka tirai perlawanan. Menang regu pertama tapi tewas pada regu kedua. Tak silap bertemu SMK Taman Jati. Sebelum perlawanan kedua bertemu SMK Anderson sempat jugak aku merakamkan gambar2 mereka.

warm up

suka hati

Pasal mereka nie baru je dalam sukan nie.....warm up pun ala kadar jer. Tapi seronok jugak melihat telatah mereka bila memanaskan badan sebelum bertemu SM Anderson.

tekong n killer

terbaik

best of the best
Habis jer warm up terus jer masuk gelanggang. Wahhh...confident jer mereka semua. Seperti di duga memang menang ler. Dengan tekong yang mantap, feeder yang baik dan killer cilik yang agresif , SMK Pengkalan beroleh kemenangan walau pun SM Anderson lebih banyak main 'rogol' (ketandusan idea). Kepimpinan dan ketenangan ketua di kedua dua regu merupakan tonggak kekuatan SMK Pengkalan. Kedua-dua tekong mempunyai kelebihan masing-masing. SYABAS!




Pukul 12 perlawanan tamat. Bersambung ke pukul 2pm. Perlawanan akhir bertemu SMK Pusing. Semasa perlawanan nie aku bersama FAJ dan AM dah pun balik. Dikhabarkan SMK Pengkalan menang kedua-dua set. TAHNIAH sekali lagi.







Saturday, March 26, 2011

Perjalanan Masih Jauhhhhh...

BELUM terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, yang diumumkan baru-baru ini. Kejayaan SPM yang diperolehi pada tahun ni adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini. Keputusan itu, sekali gus bakal menyaksikan persaingan sengit untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, terutama jurusan kritikal yang popular di kalangan pelajar cemerlang, seperti bidang perubatan.

Diperingkat kebangsaan, sekolah yang dipilih terbaik bagi keseluruhan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER).

Kepada semua pelajar cemerlang , mereka harus ingat bahawa kecemerlangan dalam SPM bukan penentu segala-galanya dan menjamin kejayaan mereka di peringkat universiti. Oleh itu mereka tidak boleh leka dalam meraikan kejayaan masing-masing kerana cabaran lebih besar menanti mereka apabila berada di institusi pengajian tinggi nanti sehingga memperoleh ijazah.

Cabarannya cukup berbeza berbanding ketika mereka mengikuti pelajaran di sekolah menengah kerana di sinilah mereka harus mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran lain sebagai persiapan menghadapi alam kerjaya selepas itu.

Kecemerlangan pelajar bukan saja diukur dari segi akademik kerana akademik semata-mata belum tentu boleh lahir sebagai modal insan berjaya untuk memenuhi keperluan industri apabila bergelar graduan kelak. Pelbagai faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar yang bergelar mahasiswa termasuk kemampuan menguasai bahasa Inggeris yang sering ditekankan kebelakangan ini.

Mereka tidak harus mengetepikan langsung kegiatan kokurikulum dan tidak hanya memberi tumpuan kepada akademik semata-mata. Ramai pelajar sebelum ini yang memperoleh keputusan cemerlang di peringkat SPM, tetapi apabila berada di pusat pengajian tinggi, mereka gagal menyerlah kerana tidak pandai menyesuaikan diri, tidak berkeyakinan, kurang bergaul dan berkomunikasi dengan pelajar lain.

Kepada pelajar yang kurang cemerlang pula, mereka harus bersikap positif dan jangan mudah menyerah kalah dan kecewa. Mereka masih mempunyai peluang untuk bangkit dan mencipta kejayaan pada masa depan. Mereka harus mencontohi ramai individu yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi tanpa mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dengan menggunakan kelebihan lain yang dimiliki seperti bakat serta kemahiran tertentu.

Wednesday, March 23, 2011

Buat calon SPM 2010......

23.03.11....hari mendebarkan bagi calon SPM 2010. Keputusan akan menjanjikan hala tuju calon calon. Mungkin ke Form 6, IPTA, IPTS dan macam macam lagi.

Bagi calon yang bertungkus lumus sebelum SPM sudah tentu difikiran mereka " berapa banyak agaknya aku dapat A's (cemerlang)"...,. Bagi calon yang sederhana jer persediaan sebelum SPM hanya mengharapkan lulus (baik) sahaja. Bagi yang tak buat persediaan langsung.....buat syarat saja mengambil slip SPM. Sekurang kurang dapat sijil SPM. Mungkin itu pada pandangan mereka.

Kesimpulan yang bolehlah dirumuskan " BERAPA BANYAK USAHA YANG TELAH DILAKUKAN BANYAK ITU LAH HASIL YANG AKAN KITA DAPAT ".

Kepada yang akan mendapat result yang bagus tahniah di ucapkan, sudah tentu mendapat tawaran yang bagus dari U tempatan or oversea.... pada yang mendapat keputusan sederhana carilah peluang di institut institut yang sesuai dengan keputusan anda....dan pada calon yang kurang memberansangkan fikir banyak banyak...nak ambik sekali lagi atau terus kerja jer. kalau rasa boleh belajar lagi  dan masih ada semangat ambil sekali lagi kalau tak jangan la menghabis duit dan masa...baik kerja saja......

GUD LUCK untuk semua calon SPM 2010.

Monday, March 21, 2011

Syabas Nicol David N Liverpool


Tahniah..tahniah..tahniah...Jelas Datuk Nicol Ann David tetap merupakan Ratu Skuasy dunia. Kejayaan menewaskan Madelline Perry (IRL) memahkotakan beliau sebagai juara Terbuka Kuala Lumpur 2011. Sikit aku tak rasa gundah bila tengok live jika Nicol main. Confirm menang lah...tapi, kalau tengok Datuk Lee Chong Wei, lain pulak. Tambah kalau main dengan Lin Dan. Aku tak ada konfiden langsung.


Malam pulak aku tunggu game Liverpool. Tengok jer line up player mula aku tak sedap hati bila Lucas main. Selalu on off  ke channel lain. Tapi menang jugak. Liverpool 2 - 0 Sunderland. Thanks Suarez. memang bagus mamat nie. Tak rugi beli player Uruguay nie.

Tengok channel 801 badminton Swiss Open Grand Prix, semua pemain Korea masuk akhir. Cuma single wanita Saina Nehwal (IND) dan pasangan mixed double jer (ENG) yang masuk akhir. Malaysia, hanya Wong Choon Han jer yang sampai ke Separuh akhir. Tewas pada Park Sung Hwan (KOR). Mungkin tak ramai jaguh dunia nak bertanding di kejohanan ni kut. Hadiah tak lumayan agaknya.

Last aku tengok Chelsea lawan Man City. Best game nie. Kesian tengok Fernando To Rest main. Tak der siapa nak hantar bola kat dia. Kelakar aku tengok. Kesudahan Chelsea menang 2 - 0.  Masih tak jumpa pintu gol lagi si To Rest. Baik ler berehat jer....ahaks.

Sunday, March 20, 2011

Aduhhh.....Perak kalah.

Nampaknya Perak kalah buat pertama kali nya sejak pra musim. Kekalahan Perak 1-3 di Terengganu bermakna Perak terkeluar dari saingan Piala FA. Dengor citer lampu limpah problem. Agaknya tanda-tanda kekalahn la tue...ekekeke.

Pada penyokong fanatik Perak yang ke Terengganu...syabas kerana sanggup bersama pasukan Perak ke Terengganu. Teringat pulak masa zaman aku bujang dulu...hanya stadium Kucing dan stadium Likas jer aku tak terjah. Lain semua aku pergi.

Imbas kembali zaman dulu bila time nak pergi tu seronok jer. Bila time balik tue lah yang jadi masalah. Kalau menang memang seronok lah, tapi kalau team kalah "bercinta" nak balik. Punya la angin satu badan. Dah ler nak balik makan masa berjam-jam, lepas tue kalah pulak aduhhhh.

Tapi memang seronok lah.....dalam perjalanan balik dok citer pasal game tue jer. Itu kalau menang. Kalau kalah.......hahahahaha masing masing muka ketat. Diam seribu bahasa. Yang sakit si pemandu. Pandu la sampai ke Ipoh. Yang lain semua tido....layan perasaan. Memang seronok.

Apa pun tahniah pada team Perak yang sampai ke suku akhir. Kalah pun kerana aggregate.....Janji kat stadium kita Perak menang........KEJOR YOB KEJOR.


You'll Never Walk Alone.

Demam Fixie........Layannnnn....


Coretan aku kan tampalan semalam rupanya dapat sambutan hangat. Ada yang tanya kedai itu kat mana. Di bawah ni aku catatkan alamat kedai tersebut:-



Endurance Cycle and Sports
Lot No 12G Jalan Serambi
U8 Bukit Jelutong
40150 Shah Alam
Selangor
Malaysia
Fax/Tel: 03-78425900

Ni aku download antara pics yang aku dapat di net.









Kalau berkesempatan lawat la kedai ini....


Selamat bersukan.

Saturday, March 19, 2011

Penangan Fixie......


Sekarang ni sibuk cerita pasal fixie. Wah!... mcm pisang goreng panas. Untung besar kedai basikal yang menjual fixie. Tempat aku tinggal pun kecoh gak. Mana yang berkemampuan beli la yang original... mana yang ongkos sederhana, beli second hand....mana yang ada ciput jer ....beli loose. 

Ada yang kena tipu beli barang.....maklumlah baru berjinak-jinak....so tak tau ler harga sebenar. Bila dah beli rupanyer kena tipu. Macam macam hal aku dengar. 
Bagus gak fixie nie...boleh dijadikan alatan untuk excercise...badan pun sihat.


Lepas tue ramai la kawan. Group pun ada. Bila free mula la merancang nak konvoi beramai-ramai. Macam macam la aktiviti yang terlintas di kepala. Bak kata, every week ada jer program.

Aku harap bila budak budak nie yang dah join dengan fixie ni buat la aktiviti yang berfaedah yang menjana wawasan. Jangan ada hasad dengki, tindas menindas dan apa apa yang negative la.  



Tidak terlambat aku mengucapkan tahniah kepada saudara aku yang baru jer membuka syarikat sendiri di Lembah Klang. Syarikat menjual basikal + fixie. Memang otak bisnes dia nie. Mengambil kesempatan ketika fixie menjadi barangan yang popular semasa ini. Dengar cerita ia memberi pulangan yang besar.......tahniah..tahniah..tahniah...





Friday, March 18, 2011

Padan Muka Aku.......

Akhirnya Liverpool tewas di tangan pasukan SC Braga (POR),. Keputusan seri tanpa jaringan di Anfield meranapkan impian The Reds untuk memasuki kelompok 16 pasukan. Nampaknya tahun ni Liverpool tak menyerlah lagi......hahaha...padan muka aku.

Ingatkan semalam boleh la menang...tapi hampehhhh. Tapi aku dah agak dah sebab line up tak meyakinkan langsung. Gerrard, Suarez tak main.....harap Lucas main, memang tak meyakinkan. Tak ada kreativiti player nie.

I hate Lucas...bila nak cari team lain pun tak tau. Memang aku tak tengok Liverpool main kalau si mamat ni jadi midfielder liverpool. Kalau ada Gerrard tak per la jugak.....
Tapi yang seronok Andy Caroll dah boleh main. Atleast ada la something.......bole la tengok bola Liverpool main kat TV. Thanks Andy.

Andy Caroll

Lumrah Bolasepak Di Malaysia


Lumrah dalam bolasepak...bila merangkul sesuatu kejuaraan di puji di sanjung dan macam macam lagi lah. Standard la tu. Bagi aku semua ni dah masak sangat. Bolasepak Malaysia belum lagi sampai ke tahap profesional.
Kekuatan jurulatih tak se power pengurus di kelab-kalab didunia terutama di Eropah. Semua aspek tak pro disini. Dari pengurusan sampai la ke pemain. Tak pro lansung. Gaji jer mahal. Ada yang sampai RM 20000. Ada pemain yang tunjuk star konon...........macam la baguih sangat main.

Kalah menang memang adat main. Tu semua orang tahu. Tapi biarlah kalah bermaruah. Ni tengok game jer dah tahu, samada pemain bagi 100% komitmen atau pun tidak.

Bagi peminat yang dah berpuluh tahun mengikuti permainan bola ni mesti tahu samada pemain bagi komitmen ke tak.

Kesian kat Mustakim Omar, Wan Jamak dan Ahmad Yusuf.......tapi aku rasa mereka dah biasa dengan masalah seperti ni.....Cuba fikir mana ada jurulatih nak pasukan nya kalah.....tapi perlu ingat ada pemain pemain yang nak pasukannya kalah, sebab mereka ada agenda yang tersendiri.

Kepada yang nak berjinak-jinak nak menjadikan bolasepak sebagai sukan diminati kena sedia dengan semua ini. Kalau pasukan yang diminati tu kalah kena redha jer. Kalau nak salahkan....salahkan kepada semua......pemain, jurulatih, pihak pengurusan dan yang terlibat. Baru adil.

Kalau kalah team tu....buat tafsiran sendiri...... Team pun sebenar tak paksa anda menyokong mereka. Pandai-pandai lah anda menilai. Kuasa sebenar ditangan anda...........

Thursday, March 17, 2011

Anak Oh Anak.....

Hebat anak-anak zaman sekarang....apa saja hendak semua dipenuhi. Ibubapa bertungkus lumus mencari rezeki semata-mata ingin melihat keluarga bahagia. "Ayah, abang nak handphone"..."mak, akak nak camera digital". Mudah saja dia meminta. Kerana sayangkan si anak lalu dipenuhi permintaan mereka.

Zaman dulu belum tentu dapat segala yang diinginkan. Selalunya kena ada sesuatu untuk dijadikan umpan.
"Kalau nak basikal ayah boleh belikan...dengan syarat SRP dapat aggregate 10 ke bawah"..... "mak bole belikan tapi kena dapat pangkat 1 dalam SPM" . Itu pun kalau si anak fikir mak ayah mereka berkemampuan. Kalau tak pendam saja lah keinginan.

Memang hebat anak-anak sekarang. Mintak jer semua dapat. Orang kata "sayang anak" lah katakan.Ya lah, siapa yang tak sayang anak. Cuma persoalannya adakah anak tu sayang pada mak ayah mereka.? Adakah mereka menurut kata mak ayah mereka.? Impian mak ayah selalunya ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Dalam ertikata dari semua aspek.

Pada anak-anak.....pengorbanan yang diberikan oleh ibu bapa , tiada balasan yang diperlukan... tidak perlu belikan rumah besar, tidak perlu belikan kereta besar, cukup dengan sekadar anak-anak belajar belajar dan belajar dan capai kejayaan yang cemerlang... bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga... Jadilah insan yang berguna. Kalau nak meminta sesuatu biarlah berpada-pada, jangan meminta di luar kemampuan mereka. Simpatilah pada mak ayah yang hidup sederhana. Kerana sayangkan anak sanggup bertungkus lumus semata-mata untuk memenuhi permintaan si anak.

Anak....
Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Happy Birthday Honey.......

 17 th of March.......

How do I begin to tell you how lucky I am
to have you in my life?
I'll start by saying what a gift you gave me
the day you became my wife.

You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
until you became my wife.
You made this year and every year
the best one of my life.


Wednesday, March 16, 2011

Seladang Gembira..... Penyu Menangis

Bertolak dari rumah pukul 7.55 malam. Seperti biasa bersama anak buah pergi ke stadium. Samapi saja di main road stadium rupanya jalan ditutup sebab ada orang kenamaan nak lalu. Punya la tension...terpaksa parkir kereta jauh dari stadium. Kenalah berjalan kaki. Itu pun nasib baik parkir di Veledrome Rakyat dibuka. Mula terfikir kalau lah aku jadi VIP mesti best agaknya.....Tak perlu susah susah cari parkir.


 Lebih kurang 10 minit barulah sampai di pintu stadium. Kelihatan ramai juga yang ingin melihat perlawanan FA antara Perak dengan Terengganu.




Selepas lagu Negaraku berkumandangan baru lah permaianan bermula.Padang cantik walaupun hujan gerimis pada awalnya. Penonton seperti biasa masing-masing dengan kerenah. Ada yang bawa anak kecil.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
dari aras satu

kelab penyokong
Separuh masa pertama kedudukkan seri 1-1 hasil jaringan cantik Isma . Time rehat aku dan member mula mengomen tentang game tadi. Yang pasti Perak tiada striker pada malam ni. Terengganu pun main bagus. Semua posisi bagus.

selingan
 Sebaik saja separuh masa kedua nak bermula ada pengumuman...rupa-rupanya Sultan Perak mencemar duli menyaksikan perlawanan. Apa lagi, mungkin semangat pemain Perak bertambah. Gol kedua dan ketiga pun menjelma. Ingatkan Perak akan menang dengan aggregate 3-1,....rupanya diminit-minit terakhir Terengganu menyumbat gol kedua. Keputusan muktamad Perak 3 - 2 Terengganu. Tugas berat bakal menanti pada perlawanan timbal balik nanti.

Apa pun janji tak kalah malam ni. Still memegang rekod tanpa kalah....Bravo Perak...cayalahhhhh
Antara gambar yang dapat dirakam:

peminat setia Perak
kacang putih satu...













Tuesday, March 15, 2011

Stadium oh stadium

Malam nie aku nak terjah stadium Perak. Perlawanan FA, sukuakhir pertama antara Seladang dengan Penyu. Harap malam ni Perak akan main seperti sebelumnya. Kena pergi awal sebab sekarang semakin ramai penyokong Perak bertandang ke stadium. Almaklumlah sampai setakat ni rekod tanpa kekalahan masih terjamin. Pasukan Kelantan pun dah kalah minggu lepas.

Harap malam ni tak hujan. Ipoh sejak dua hari kebelakangan ni hujan saja. Awalnya panas terik kemudian petang sampai malam hujan. Perak kalau main dalam hujan agak susah sikit. Selalu main fast football tapi bila padang ditakung air agak merencatkan permainan Perak.

Kejor yob kejor......

Monday, March 14, 2011

MALAYSIA BOLEH....


Tahniah Dato Lee Chong Wei kerana mengekalkan kejuaraan All England buat dua tahun berturut. Sebelum itu pasangan Koo K K/Tan B H  tewas ditangan pasangan Denmark Boe / Mogenen tiga set 21-15,18-21,18-21.

Dengan sorakan penyokong di Birminham Lee CW dengan bergaya menewaskan musuh tradisi Lin Dan (CHI) dengan straight set 21-17,21-17.

Masih satu gelaran lagi yang masih belum digapai oleh Lee Chong Wei iaitu pingat Sukan Olimpik.


Tahniah........

Sunday, March 13, 2011

TERKINI......KKK n TBH KEAKHIR


Koo Kien Kiat / Tan Boon Heong melangkah ke final All England menewaskan musuh ketat mereka Cai Yun / Fu Haifeng (CHI) dengan straight set 21-11, 23-21.......bravo....Lee Chong Wei bertemu Lin Dan manakala Koo KK / Tan Boon Heong akan berjumpa pasangan Denmark Boe / Mogensen......


M A L A Y S I A         B O L E H ...........

Syabas !!! Chong Wei n Perak FA


Tahniah kepada pasukan Perak kerana masih mengekalkan satu2nya rekod tanpa kalah setakat ini di LSM. Keputusan seri tanpa jaringan dengan T Team meletakkan Perak ditangga ke-4 ketika ini.

Syabas juga kepada Lee Chong Wei kerana melangkah ke perlawanan akhir All England setelah menewaskan Chen Long (CHI), straight set 21-17, 21-13. Apakah beliau akan dapat mempertahankan kejuaraan kali ? Sama2 kita tunggu perlawanan akhir beliau menentang musuh tradisi Lin Dan (CHI).

Saturday, March 12, 2011

TAHNIAH DATO CW LEE

Seperti biasa dengan mudah menewaskan Boonsak Ponsana dengan straight set 21-15, 21-7 dalam masa 30 minit.

TAHNIAH KK KOO & BH TAN

Menewaskan pasangan Indonesia Markus Kido & Hendra  Setiawan 21-19,23-25, 21-11 pada saingan suku akhir.

Thursday, March 10, 2011

YNWA

Perghhhh...best bebenor aku nengok bola semalam....LIV vs MAN UTD.....ramai yg tak sangka Liv mng sampai 3 balas 1.....Tapi hakikatnyer mmg tu lah kenyataan nya......Aku tak kisah Liverpool kalah dgn team2 lain ...tapi kalah dgn Man U mmg aku tak leh nengok.....thanks to Suarez
Memang baguih pemain dr Uruguay nie.....tak sia2 blanja besor beli mamat nie........Daglish mmg tepat membeli mamat nie
Tu belom lagi si Andy Caroll main sepenuh masa......tak dapat bayangkan kalau dia main dr awal ......tambah lagi gol agak nya.......pada Liverpool.....muahhhhh...kelazzzzzzz.