Monday, December 12, 2011

CHONG WEI PEMAIN LELAKI TERBAIK...????????

Chong Wei menjadi Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia 2011. Sila klik  DISINI

Hmmm ...selagi tak dapat mengalahkan Lin Dan secara berterusan selagi itu aku tak iktiraf LCW sebagai pemain no.1 dunia.....hahahahaha

DURIAN.... ohhh .....DURIAN

  1. Terimakasih pada saudara KS kerana menghantar durian dan tempoyak baru.
  2. Rezeki kerana kalau nak membeli tak lah kut. 
  3. Teringat tempat aku tinggal masa Form 6 (2 weeks je).....rumah sewa di Durian Sebatang.
  4. Sejarahnya..........

    Durian Sebatang adalah sebuah pangkalan atau jeti yang terletak di Teluk Intan,Perak,Malaysia. Pada zaman awal Kesultanan Perak, kedudukannya sangat penting kepada para peniaga, pedagang, peraih buah-buahan dan lain-lain. Hasil pertanian diangkut dari sepanjang Sungai Perak, Sungai Kinta, Kampung Gajah dan Lambor. Sebelum 1987, bot menjadi pengangkutan penting penduduk kampoung tradisonal di Kampung Gajah, Kampung Air Mati, Pasir Salak, Teluk Memali, Pulau Indera Sakti dan lain-lain.

    Durian Sebatang digunakan untuk mengangkut pasir sungai ke dalam lori pasir untuk kerja=kerja pembangunan bandar Teluk Intan. Buluh dihanyut dalam bentuk rakit buluh untuk dijadikan bakul buluh dan keranjang durian. Kayu balak bersaiz besar dan kecil dihanyutkan melalui Sungai Perak ke Batak Rabit untuk dijadikan kapal, perahu , long (keranda Cina mati) , rumah dan lain-lain.

    Pada tahun 1985, pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak telah singgah di Durian Sebatang kerana ada makam sultan di sana.

    Beberapa rumah setinggan dibina ditebing Sungai Perak khususnya di Kampung Terengganu. Kini jeti Durian Sebatang tinggal terbiar.

TIPS untuk yang bergelar PELAJAR.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)  
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MOTIVASI DIRI .....

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. 
Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. 
Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Tuesday, September 13, 2011

SELADANG LWN KENARI

  • Selasa 13 sept 2011 bertempat di Stadium Perak
  • Masa 8.45 pm
  • Siaran secara langsung di RTM
  • Wife hometown Kedah
  • Aku hometown Perak
  • Mana aku nak sokong???

Sunday, September 11, 2011

SEMANGAT & KESUNGGUHAN MENGATASI SEGALANYA...........

  1. Ke Stadium Perak menyaksikan Kejor Yob Kejor menewaskan Johor dengan jaringan 2 - 1. Parkir kereta  pun nak kena bayor, Kalau dulu RM 1 sekarang dah RM 2. Stadium Bukit Jalil pun free. Nasib baik menang ....kalau tak menyumpah ler kat deme.
  2. Dek penangan FAM, Perak menurunkan ramai pemain baru.....Ok la sikit....nak kata baguih tue tak ler sangat. Tapi ok la dengan status yang mereka ada. Mungkin jugak pasal Johor bukan tandingan kut.
  3. Nampak jelas ketiadaan Arul midfield pincang.Keeper lagi la....K.E....hmmmm baik lagi Nasril. Tapi nak buat macamana....tue jer stok yang ada.
  4. Apa pun aku rasa semangat nak menang dan kesungguhan jer yang membuat Perak menang malam tadi.
  5. Nasib baik ada SSU yang menghiburkan sepanjang menyaksikan perlawanan, kalau tidak memang membosankan.

Wednesday, August 31, 2011

31 Ogos.........


sempena kemerdekaan yang ke 54 Negara Malaysia yang dicintai ini ..
saya berdoa dan dengan harapan..
semoga Malaysia akan sentiasa
aman makmur dan sentosa ..
merdeka kanlah diri ...
merdeka kanlah jiwa ...
kearah cara hidup yang lebih produktif
seiring dengan
iman yang penuh di dada ....
merdeka!...merdeka!...merdeka!

AIDILFITRI

Perginya nur itu
Terbitnya fajar suria
Burung berirama berkicau riang
Memecah suasana pagi yg gemilang

Hari ini hari yg bahagia

Telah sepurnama berjuang
Kini mendapat kejayaan.....

Sinar suria begitu merah ia menyala

Seakan mengerti kebahagiaan yg dinikmati
Meniti dibibir jua dihati.....

Kini.....

Aidilfitri bertamu kembali
Mengikat kasih ukhwah yg dibina
Mengeratkan tautan kasih yg terlerai
Dalam tutur santun bicara
Tersemat seribu makna
Tersurat satu persoalan
Tersirat seribu jawapan.....
Hanya pandangan mata dan bisikan hati
Mengerti makna sebenar Aidifitri...

Dikala hujan itu.....

Kata-kata maaf menjadi ungkaian bicara
Memohon mendapat rahmat
Memohon mendapat hidayat

Undurnya langkah bukannya mengalah

Maranya tapak bukannya mahu melawan
Tapi..........
Geraknya kaki itu
Adalah untuk membuka
Satu lembaran dalam hidup sempena
SYAWAL YANG TIBA...........

Saturday, August 27, 2011

Setahun sekali lah katakannnnnn.........

BEGITU cepat masa berlalu. Kini, kita sudah berada di penghujung Ramadhan, bermakna giliran Syawal pula bakal menjelma.

Hari-hari terakhir sebegini sesetengah kita sedang sibuk dengan persiapan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri.

Lihat saja kanak-kanak, memang merekalah yang paling seronok. Maklumlah segala-galanya serba baru. Pakaian baru, kasut baru, baju baru dan pendek kata semuanya baru.


Ibu bapa pula sanggup berhabisan untuk berbelanja semua itu. Tidak kisah dan tidak mengapa, kerana beraya pun setahun sekali. Ucapan yang selalu kita dengar.

Gedung dan pasar raya pun mengambil kesempatan kerana semua turun berkampung, malah segala mak nenek dan keturunan dikerah ke pasar raya. Kelabu mata dibuatnya dengan tawaran, ‘sale’ disana sini.

Berkumandang lagu raya di corong radio dan televisyen, manakala jalan raya sesak memanjang ke mana-mana destinasi dan pendek kata Syawal yang bakal diraikan serba meriah.

Pada hari raya memang patut kita bergembira, maklumlah sudah sebulan kita berlapar menahan ujian berpuasa. Cuma kali ini sedikit coretan untuk remaja, Muslimin dan Muslimat konsep hari raya menurut Islam.

Aidilfitri maknanya ialah pulang dalam keadaan fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan.

Ramadhan sebagai bulan pembersih dan pencuci. Ia membersih diri kita daripada sifat kedekut dan menanam sifat pemurah.

Ia juga membersihkan sifat individualistik (keakuan) serta menggantikan sifat kasih sayang dan tolong menolong (kemasyarakatan).

Solat Tarawih membersihkan dosa, solat Tahajud, ibadat membaca al-Qur’aan, berlapar, bersedekah dan zakat fitrah adalah pembersih.

Apa yang dibersihkannya? Yang dibersihkan adalah hati daripada sifat mazmumah (keji). Bersih dalaman inilah yang menyempurnakan makna takwa yang menjadi tujuan kita berpuasa.

Sebenarnya menyambut hari raya bukan sahaja dengan baju baru, pakaian baru, rumah baru, sofa baru, kuih-muih baru tetapi menyambut raya ialah dengan jiwa yang baru, iaitu jiwa yang berjaya mengekang dan mendidik hawa nafsu.

Apalah ertinya 1 Syawal yang kita sambut dengan serba baru, sedangkan perangai kita adalah yang lama dan tidak berubah. Sikap ego tidak berubah, malas macam dulu juga, bercakap kasar berterusan dan melanggar disiplin dengan selamba sahaja.

Oleh kerana ibadat puasa pada Ramadhan berteraskan akidah, maka cara menyambut Idulfitri mestilah juga menurut acuan akidah.

Bukan sahaja dengan solat Idulfitri tetapi acuan akidah itu dalam keseluruhan cara menyambutnya, termasuk cara berpakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat, makanan dan minuman tidak melampau, pergaulan lelaki dan wanita berteraskan syariat, manakala bentuk hiburan dan cara berhibur jangan pula sampai terbabas daripada tuntutan syariat.

Demikian juga bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim mesti di elakkan. Makan minum jangan jadikan perut seperti tong sampah. Sebulan berpantang jaga itu dan ini takkanlah semua itu roboh dan musnah pada 1 Syawal.

Tuesday, August 23, 2011

ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR



Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.


Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Perkataan yang indah adalah ALLAH,
lagu yang merdu adalah ADZAN,
media yang terbaik adalah AL-QURAN,
senaman yang sehat adalah SOLAT,
diet yang sempurna adalah PUASA,

kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU’,
perjalanan yang indah adalah HAJI,
khayalan yang baik adalah ingat DOSA dan TAUBAT,
perasaan yang indah adalah KEBAHAGIAAN.
Selamat menyambut bulan suci Ramadhan

Friday, July 22, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Thursday, July 14, 2011

Cer cerita sikit Rajagopal.........


Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Monday, July 11, 2011

ZULFADLI......JAGUH DALAM PEMBIKINAN......



Zulfadli Zulkifli muncul pemain Malaysia pertama merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Verma Sameer 21-15, 21-17 di Lucknow, India , 9 Julai yang lalu.

Tahun lalu, Zulfadli muncul pemenang pingat gangsa apabila kandas di separuh akhir Remaja Asia yang berlangsung di Bukit Kiara.

Zulfadli, 18, pemain yang tidak berada dalam program pembangunan BAM kerana tidak menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) diakui berbakat sejak di awal belasan tahun lagi.

Yang menjadi tanda tanya???......kenapa Sekolah Sukan Bukit Jalil tidak dapat mencungkil pemain seperti Zulfadli sedangkan kemudahan telah sedia ada sepenuhnya.

Bagi saya Zulfadli sudah buktikan dia yang terbaik dan berada di ranking pertama perseorangan lelaki remaja.


Tahniah! ....tahniah buat Zulfadli....... Harapan saya akan menjadi jaguh badminton negara diperingkat senior suatu hari nanti.......insyallah.

.

Friday, July 8, 2011

Berakhirnya Liga Super 2011

Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi. 

Abdul Hadi Yahya. penyerang pasukan Terengganu pula memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga.
 
Kejayaan skuad Kekantan itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulangnya. 


Berikut kedudukkan Liga Super 2001

Played Points
1 Kelantan 26 56
2 Terengganu 26 53
3 Selangor 26 52
4 Kedah 26 45
5 Harimau Muda A 26 43
6 Perak 26 40
7 Johor FC 26 34
8 Negeri Sembilan 26 32
9 Terengganu PBDKT T-Team 26 31
10 Sabah 26 28
11 Kuala Lumpur Felda United FC 26 28
12 Kuala Lumpur 26 26
13 Pahang 26 22
14 Perlis 26 10

Wednesday, July 6, 2011

Harimau Malaya?......takutttttttt


Ke manakah  arah tuju pasukan bolasepak Malaysia... Adakah dengan melangkah ke pusingan kedua menentang Singapura akan menjadi satu titik tolak kepada kemajuan negara dan mencapai lebih banyak kejayaan atau hanya sekadar menang nasib yang diperkatakan... dimana pengkritik kita yang lantang bersuara mempersoalkan permasalahan bolasepak negara???.........

Sebenarnya impian kita untuk menyaksikan kualiti bolasepak Malaysia memang satu angan-angan kosong. Di Malaysia peminat bolasepak seperti tidak keruan. Contohnya pasukan MU,L'pool, Chelsea.Arsenal dll, langsung tak mengenali rakyat Malaysia....tapi kita bersungguh2 (sampai pukul 3 pagi) pun sanggup bangun untuk menyaksikannya. Sebab apa???....sebab pasukan pujaan kita. Semua pemain kita tahu latarbelakangnya. Dari mana?...dari laman web pasukan tersebut.

Tapi di Malaysia.... masalahnya .....dimana kita nak letak semangat sukan bolasepak  negara di hati (patriotik)kita ...sedangkan laman web FAM sendiri pun tak up to date. Laman web perlu dikemaskini dan di update baru lah peminat dapat mengenali player, management dll. Info mengenai player alahai ciputtt.....malas la nak citer. Faham2 sudah......kalau ikut kan nama panggilan mak aiiiiiii .....dasyat n gerun....aauuummmmm......Harimau Malaya.

Tuesday, July 5, 2011

Bila Harimau Nak Mengaumm???




Hahahaha....Rajagopal baru sedar dari lamunan.....selama ni dibuai mimpi...dah kena dengan pasukan kerdil baru gelabah.....baca DISINI.......kena kerja kuat lah sikit coach.....kalah pada pasukan yang ranking atas dari Malaysia tak pe la....ini tidak. Belum boleh diberi gelaran jurulatih yang disegani...."biasa biasa jer".



Kita tunggu next game dgn Singapura. Hope Malaysia boleh buat sesuatu. Players dah cukup cantik...cuma adunan yang direncanakan tak betul. .... sendiri mau ingat la.

AauuumMMM....



Malaysia layak walaupun MENANGgung kekalahan....

Malaysia 2 - 3 Taiwan......... hmmmm mmg jauh lagi ler perjalanan team Malaysia. Dengan Taiwan yang berada di ranking bawah pun tak leh nak menang. Seri pun tak kisah...tapi hampehh kalah. Hahahahah...aku mmg dah duga Malaysia layak ke pusingan ke 2, tapi ingatkan layak pasal menang di kedua dua game,,,, rupa nyer layak atas gol di tempat lawan... Memang kelakar, nasib baik la menang di Bukit Jalil 2 - 1.

Yang pasti aku nak tengok sejauh mana pasukan bimbingan Rajagopal nie  akan melangkah. Bagi aku pemain bukan masalah sebenar jika sesuatu kekalahan atau kemenangan. Yang penting coach. Coach kena tau apa yang diperlukan dalam teamnyer.... agak tak bagus, buang jer.  Kalau bagus, kekalkan.... Itu jer. So 60 % dari pencapaian pasukan terletak pada coach. Tidak ada sebab nak menyalahkan pemain. Coach yg me 'line-up' pemain.

Aku nak tengok sejauh mana Rajagopal boleh pergi.....kalau tengok wawancara di media elektronik...perghhhh mcm bagus jer......


Wednesday, June 29, 2011

Ibubapa & Anak-anak ( yang ke IPT )

Kekurangan pendedahan suasana di Insititusi Pengajian Tinggi membolehkan golongan pelajar yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun terdedah kepada kejutan budaya. Mereka seharusnya diberi nasihat secukupnya terutamanya dalam menjaga tatasusila dan adat melayu yang berlandaskan Islam.

Memberi pesanan kepada anak-anak agar sentiasa menjaga maruah keluarga dan mendalami ilmu agama kerana dengan ilmu agama yang ada..... insyaallah anak-anak akan terhindar dengan permasalahan sosial masa kini.

Kepada anak-anak yang berjaya ke IPT belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan pandai-pandailah mencari kawan agar dapat menamatkan pembelajaran dengan sempurna.

Friday, June 24, 2011

Fikir fikirkan lah..........

ketika
kita kejar dunia
dunia akan lari..
.....
tetapi
pabila
kita kejar akhirat
dunia akan mengejar kita...

4 Tahap Mendidik Anak...........

Untuk mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

RENUNGAN BERSAMA

Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan
berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kerja...kerja...kerja

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’



1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab.
’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Thursday, June 23, 2011

Persediaan Sebelum Tidur....

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

4 Sifat orang yang Berjaya dalam Hidup


Sebagai hamba Allah, pastinya kita menginginkan kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Kita akan memperolehi semua yang di impikan tersebut andai kata kita sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak akan tersesat lagi di dunia yang penuh dengan cabaran dan juga godaan ini dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan utama dalam hidup. Di sini ana ingin berkongsi sedikit informasi mengenai bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini di dunia dan juga di akhirat. Ada 4 sifat orang yang berjaya dalam hidup. Antaranya ialah:

1. Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T yakni mempercayai bahawa alam ini adalah ciptaan Allah S.W.T. Yakin bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah datang daripadaNya. Untuk beriman kepada Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya hendaklah mengenal Allah. Ada beberapa cara untuk mengenal Allah S.W.T, antaranya ialah Allah S.W.T tidak sama dengan segala mahkluk yang ada di alam ini.Ilmu yang berkaitan dengan mengenal Allah ini dipanggil Ilmu Makrifatullah.

2. Orang yang melakukan amalan yang baik. Kita hendaklah memikirkan samada sesuatu perbuatan yang dilakukan itu bertentangan dengan syariat islam ataupun tidak, jika bertentangan segeralah kita menjauhi perbuatan tersebut. Baik ataupun jahat perbuatan itu dipanggil amalan. Yang membezakannya adalah amalan yang baik ataupun jahat.

3. Orang yang mengajak orang lain berbuat kebaikan. Yakni seperti mengajak orang lain mendengar kuliah dan ceramah agama, mengajak untuk pergi menunaikan solat di masjid dan sebagainya. Perkara kebaikan ini selalunya tidak berlaga dengan nafsu ataupun tidak serasi dengan nafsu.Jadi untuk melakukan perkara kebaikan kita hendaklah kuat melawan nafsu.

4. Orang yang bersabar dalam melakukan perkara kebaikan. Jika kita mengajak seseorang itu melakukan kebaikan pastinya kita perlukan kesabaran. Jadi banyakkanlah bersabar supaya kita sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman. Diantara perkara yang memerlukan kesabaran adalah sabar dalam mencegah kemaksiatan dan kemungkaran dan juga sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Jadi, marilah sama-sama kita mengamalkan 4 sifat yang disebutkan supaya kita sentiasa tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di sisi Allah S.W.T dan mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat.



Sumber daripada Kuliah Ustaz Shamsul Zaman

10 Perkara Menyebabkan Kita Tidak Boleh Menjadi Cemerlang


10 perkara yang menyebabkan kita tidak boleh menjadi insan cemerlang ialah:

Kita kenal Allah tetapi tidak menunaikan hakNya

Kita kenal Rasul, tetapi tidak mengikut sunnahnya

Kita membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya

Kita mengautkan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur

Kita percaya syaitan itu musuh, tetapi tidak berusaha melawannya

Kita percaya mati itu benar, tetapi tidak bersedia

Percaya syurga tetapi tidak berusaha untuk memasuki

Percaya kepada neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhi

Percaya kepada menghantar rakan ke kubur tetapi tidak ambil pengajaran

Kita bangun dari tidur, cerita aib orang lain, tetapi lupa aib diri sendiri

Wednesday, June 22, 2011

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

Selalu bangun sebelum subuh


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.




Aktif menjaga kebersihan


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)




Tidak pernah makan berlebihan


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.


Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.



Gemar berjalan kaki


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.




Tidak pemarah


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.


Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.




Optimis dan tidak putus asa


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


Tidak pernah iri hati


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”




Pemaaf


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.


Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Saturday, May 21, 2011

Pengadil berat sebelah???


Perlawanan yang berlangsung di stadium Lumut ni aku mmg tak pergi. Baca disini

Tapi aku yakin...tentu ada sebab kejadian seperti begini berlaku. Kekadang keputusan pengadil tak semesti betul. Satu dua buat salah tak mengapa ...tapi kalau dah kerap sangat berlaku tak adil sapa tak benggang. Akibatnya jadi mcm tu lah....tambahan lagi stadium Lumut tiada pagar yang memisahkan antara penonton dgn padang. Walaupun aku tak pegi...tapi aku tahu mcm mana situasi tersebut sbb pada tahun 90an kejadian penonton serang pemain Kedah (Lim Teong Kim ) masih segar dalam ingatan.

Apa2 pun pengadil perlu bijak mengawal permainan. Bukan ikut perasaan jer.

Mendulang emas meraih kecemerlangan

Kejohanan Balapan & Padang MSSM ke 53 sedang berlangsung di Perak. Stadium Ipoh menjadi gelanggang "mendulang emas meraih kecemerlangan "  bagi atlit. Lebih kurang 1039 atlit  dari 15 MSS negeri bertanding pada tahun ini. Selama 5 hari kejohanan ni akan berlangsung....memang seronok gak tengok bebudak bertanding. TPM telah merasmikannya semalam. Memang teruja dgn pesta tanglung semalam. Difahamkan sekurang2nya 30 murid dari setiap sekolah di Perak dikehendaki  membawa tanglung semasa upacara perasmian. Hebat......mmg hebat.


PC Fair pun sedang berlangsung. Kalau Stadium Ipoh menjadi gelanggang permainan, Stadium Indera Mulia pula menjadi tempat kunjungan pada mereka yang ingin membeli barangan berkenaan komputer, broadband dan mcm2 lagi lah. Pendekata siapa yang datang ke Stadium Ipoh tentu best pada minggu nie. 2 in 1.


Semalam aku telah memenangi cabutan bertuah di PC Fair.......hadiahnya rahsia. ....ekekekeke. 

Kepada yob n yong yang tinggal di Perak nie moh kita ke stadium. Sambil melawat PC Fair, layan gak tengok bebudak bertanding. Mungkin depa ni akan membawa cabaran negara kita suatu masa nanti.

Tengah memikior ni bila ler rekod Watson Nyambek nak pecah nieeeeeeee................ ???





Thursday, May 19, 2011

Pada Mu Perak....

Baca disini.........................memang waktu nya pemain perlu membuktikan agar kantung PAFA kembali berisi. Siapa yang susah.....sudah pasti pemain yang akan kena tempias. Sendiri mau ingat...apa pun gud luck to Perak team yang akan bertemu pasukan pertama yang meranapkan rekod kemenangan beterusan Perak iaitu Sabah.

Monday, May 16, 2011

Cikgu dan Cikgi......

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 

Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 

Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG

Thursday, May 12, 2011

Gud Luck....

Lama tak menulis di ruangan ini. Sibuk dengan kerja yang harus disiapkan. Ditambah nak-anak buah sedang menghadapi pepereksaan maka aku pun turut terlibat. Dah banyak kali nasihat supaya bersedia lebih awal tapi mereka tetap dengan style mereka. Last minute. Hmmmmm...penat memikirnya. Apa pun selamat berjaya kepada anak anak buah aku. .....you are the best.

Tuesday, May 3, 2011

Apa Dah Jadi......

Malam ni Perak bertandang ke Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Jumaat yang lepas Perak tewas di tangan Kedah. Aku tak ler ke stadium, tapi dengar desas desus main macam tak bagus jer. Defence terok, midfield hancur......kapsiti pun semakin kurang. Apa alasan lagi..letih pasal jadual ketat? (team lain pun sama jugak)...main kalau cantik dan kalah peminat boleh diterima lagi...tapi kalau sebaliknya......cer ceiter.?????

Bila gate collection kurang mula lah akan timbul gaji di bayar lewat pada pemain. Pemain juga yang naik angin. Time tu keluar lah rintihan pemain di dada akhbar. Persatuan tak bayar gajilah. Antara jawapan diberi kantung Persatuan kurang...tiada dana, hutang sana sini....padahal dah main mcm hampeh mcm mana la penonton nak datang ke stadium... Penonton sekarang dah bijak menilai.......Setiap wang yang dilaburkan perlu ler pulangan yang setimpal. Seperti yang disebut tadi " kalah kalau main cantik, peminat pun tak kisah"...contoh seperti perlawanan dengan Selangor di Stadium Shah Alam (tewas 0-1), walau pun kalah tapi penyokong tetap memberi penghormatan kepada pasukan selepas tamat perlawanan. 

Malam ni, bertemu Negeri Sembilan penentu samada penyokong akan ke stadium Ipoh selepas ini. Aku harap Perak malam ni akan menang. Dah lama tak melihat suasana meriah distadium bila 20-30 ribu membanjiri stadium Perak seperti diawal tahun 2000 dulu. Memang fantastik.

To Perak ...gud luck. jangan kejor dah ...score yob score.

Saturday, April 30, 2011

Kampung ohh kampung

Kekadang bila tak ada kerja mulalah termenung dan teringat kat kampung. Walaupun di bandar penuh dengan hiburan tetapi tak sehebat alunan kicauan burung , desiran dedaun, sang kodok mendendangkan lagu, percikan air embun jatuh ke atap zink dan beraneka bunyilah yang pernah masuk ke gegendang telinga aku. Memang tenang dan aman suasana sebegitu. Ohhhh.....bertapa romantisnya situasi sedemikian.........



Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu

Kampung halaman
Yang lama ku tinggalkan

Betapa indahnya negeri orang

Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyior

Dengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaian mu
Aku sering merindui kasih mu

Tuesday, April 26, 2011

Perlukan kemenangan......

Tewas dengan Terengganu sebelum ini pasti akan menjadi tonik kepada pasukan Perak melayan kunjungan pasukan Kuala Lumpur pada malam ini. Apakah Perak akan pulih dari lamunan? Kalah kepada Sabah menang keatas Kelantan disusuli tewas kepada Selangor kemudian seri pula dengan Terengganu dan terbaru tewas ditangan pasukan Terengganu di perlawanan pusingan kedua. Dilihat macam 'yo-yo' dah pasukan Perak. Nasib baiklah perlawanan di tempat sendiri masih kekal rekod tanpa kalah....kalau tidak bilangan penyokong pasti berkurangan secara drastik.

Nak dikatakan jadual perlawanan padat, pasukan lain pun terlibat sama. Jadi no reason. Apa pun aku yakin dengan pasukan Perak. Lagipun kedudukkan mata bukan jauh sangat pun. Kita tunggu jer perlawan malam nie,...kedudukan pasukan pasti berubah.

Info-  menentang KL...Perak tidak pernah menang sejak 2005....apakah catatan sejarah akan berlaku malam ni????

...Kejor Yob Kejor....

Friday, April 22, 2011

Kedudukan Tamat Pusingan Pertama

Berikut merupakan kedudukan pasukan selepas menamatkan Liga Super 2011.
 
 
Team Played Points
1 Selangor 13 29
2 Terengganu 13 25
3 Kelantan 13 24
4 Kedah 13 24
5 Perak 13 23
6 Kuala Lumpur Felda United FC 13 18
7 Harimau Muda A 12 15
8 Terengganu PBDKT T-Team 13 15
9 Kuala Lumpur 13 14
10 Pahang 13 13
11 Johor FC 13 13
12 Negeri Sembilan 13 12
13 Sabah 12 11
14 Perlis 13 7

Thursday, April 21, 2011

Akhirnya.......

Di BPL team Liverpool menjadi team favourite aku, tapi kalau di La Liga team Real Madrid menjadi pilihan. Pagi tadi Real Madrid memenangi piala Copa del Ray menewaskan Barcelona 1 - 0 hasil tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan selepas bermain 90 minit tanpa jaringan.


27.04.11 sekali lagi pasukan ini bertemu tetapi pada saingan Piala Juara Juara Eropah  (UEFA Championship), peringkat separuh akhir pertama. Tiga pertemuan sebelum ini menyaksikan Real Madrid menang, seri dan kalah sekali. Siapakah antara mereka yang akan layak memasuki perlawan akhir Piala UEFA? Sama sama kita tunggu siapa lebih hebat antara Jose Murinho dan Josep Guardiola ataupun antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Wednesday, April 20, 2011

Anakku Sazali Dulu & Sekarang.....

Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang anak yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan.....itu antara butiran jalan cerita filem Anakku SAZALI.....sebuah filem yang di lakonkan oleh allayarham P.Ramlee yang menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramle memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa. Hebat cerita nie.


Kekadang terfikir jugak.......... kalau zaman dahulu kasih sayang yang diberi oleh  ibubapa mengakibatkan anak menjadi liar....tapi sekarang dah berubah,...kekurangan kasih sayang dan kepercayaan dari ibubapa antara penyebab anak menjadi liar.....

Dimana silapnya....???

Fikir-fikirkan lah........

Tuesday, April 19, 2011

Hari Keputeraan Sultan Perak ke 83


Menjunjung kasih dan merafak sembah tahniah di atas keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

Semoga Perak Darul Ridzuan terus maju di bawah payung pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku.

Monday, April 18, 2011

Demam Pepereksaan IPTA/IPTS.....

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Kepada yang minta nasihat..... itu jer lah yang dapat di perkatakan....semoga anda semua berjaya ...insyaallah....amin.

Saturday, April 16, 2011

IBU Insan HEBAT.



KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA...., itulah ungkapan yang sering kita dengar. Ungkapan itu memang tepat dan ada kebenarannya

Hebat sungguh pada sesiapa yang bergelar ibu. Ibu adalah segala-galanya.

ADA seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya:

Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.


Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?


Nabi menjawab: Ibumu.


Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?


Nabi menjawab lagi: Ibumu.


Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?


Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata “kasih ibu membawa ke syurga” yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu, kesinambungan daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” (Riwayat Imam Ahmad)

Islam juga meletakkan taraf seorang ibu pada kedudukan yang terpuji dan tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.

Rasulullah s.a.w, ketika ditanya mengenai amalan yang dicintai oleh Allah, maka baginda bersabda di antaranya ialah berbakti kepada ibu bapa, selain solat pada waktunya dan berjihad di jalan Allah. Pernah baginda menyuruh salah seorang sahabat baginda agar tidak menyertai perang jihad disebabkan beliau masih mempunyai ibu bapa kerana berbakti kepada kedua-duanya adalah juga dikira sebagai jihad.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Pernah kita dengari dengan kata-kata “wanita itu kaum yang lemah.” Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalannya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.

Pengorbanan seorang ibu sukar dibalas. Malah seorang wanita bergelar ibu tidak pernah meminta jasanya dibalas.

Justeru, sebagai tanda rasa cinta dan kasih kepada insan yang bergelar ibu, marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala kehendak mereka, selagi tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat, sekiranya ibu bapa kita masih hidup. Seandainya mereka telah meninggal dunia, doakan semoga Allah s.w.t merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan yang soleh. Amin.

Khas Buat Pelajar


Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada kepada Allah SWT
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Thursday, April 14, 2011

Hitam Putih Bolasepak

Bukan ker bagus kalau setiap minggu boleh senyum dan gelak macam malam selasa ari tue kan? Aku rasa persembahan terbaik Perak pada musim 2011 dengan menundukan Kelantan 4-0. Tahniah! tahniah! tahniah!....

Selepas kekalahan dengan Sang Badak hari sabtu yang lalu, Perak bangkit semula pada perlawanan dengan Kelantan. Tak sangka penjaga gol kebangsaan ( Khairul Fahmi a.k.a Apek) melepaskan gol sebanyak itu. Teman tak ler ke stadium pada masa game berlangsung, hanya sekadar menyaksikan di kaca TV saja. Terpaksa menjalankan tugas yang tak dapat di elakkan.

Pada malam tue cuaca di Ipoh boleh dikatakan elok......so Perak bolehlah main ikut tempo mereka. Tak seperti masa kalah di Sabah, hujan...air bertakung sana sini. Setahu aku Perak kalau main dalam hujan memang tak menarik. Sebab Perak lebih kepada bermain secara one touch football...fast game.....mcm tulah pandangan aku. Kalau main padang becak...hmmm mcm hampeh.

Malam tu aku tengok semua pemain bersemangat, mungkin kerana bertambahnya bilangan penyokong yang membanjiri stadium Perak. Satu bonus kepada pemain Perak. Yang tak bagusnya cuma satu.....berlakunya kekecohan antara penyokong Perak dgn penyokong Kelantan (info dr teman yang ke stadium). Mana letaknya SEMANGAT KESUKANAN. Yang lebih memalukan sesama MELAYU pulak tue.

Kalau setakat kutuk mengutuk tue mungkin kita boleh faham, tapi kalau dah baling membaling objek ni dah keterlaluan. Mana budaya kita. Kekadang aku sendiri tak faham apa motif sebenarnya. Setakat mengata mengutuk biasa la.....tapi kalau dah ada yang cedera ni dah kes naya. Bayangkanlah kalau yang cedera anak2 kecil yang tak tau apa pun....tak ker rasa bersalah.??

Biasanya yang buat hal nie bukan penyokong setia dari kelab. Tapi penyokong yang hanya datang ke stadium bila team menang. Penyokong ini boleh dikategorikan "penyokong bila menang suka bila kalah murka". Aku fikir .... penyokong yang sentiasa ikuti rombongan penyokong mereka lebih sporting. Mereka lebih memahami bila berada di stadium away game.

Biasalah bila hati dah panas semua boleh jadikan.... 4-0 banyak tue.....Mungkin penyokong Kelantan pun tak menyangka kalah dgn jaringan sedemikian.


Teringat masa zaman aku gilakan bola (zaman bujang) . Semua stadium aku pergi kecuali Sabah dan Sarawak jer. Ni aku nak berkongsi pengalaman bersama..... pada era 90an......aku ke stadium Kelantan (Sultan Muhd ke 1V). Masa tue tak silap aku Perak draw.... Adalah seorang player Perak main kasar sikit semasa perlawanan......habis game kena lempar dengan air kencing yang dibungkus dgn plastik minuman oleh penyokong Kelantan semasa masuk ke bilik persalinan. Kesian aku nengok player tue.....tapi aku respect kat dia sebab sikap profesionalnya.....Tu lah kekadang penyokong yang lebih-lebih. Pemain steady jer. Fanatik sesangat.

100% aku confirm penyokong seperti ni sebenarnya penyokong yang hadir ke stadium laman sendiri jer. Tak pernah mengikuti rombongan apabila pasukan bermain di away game.,,,,, Tapi kalau masuk final baru ler ke nampak muka di Stadium Bukit Jalil. Kesimpulanya....kekecohan yang selalu berlaku  dimana mana stadium di Malaysia nie sebenarnya angkara mereka yang digelar " PENYOKONG BILA TEAM MENANG SUKA BILA KALAH MURKA".....aka....penyokong  yang bila pasukan mereka  menempah ke perlawanan akhir baru ler ke stadium Bukit Jalil.

Sunday, April 10, 2011

Renungan buat x-ITC

Ramai bekas pelajar ITC yang telah menamatkan pelajaran di menara gading. Mana yang dah bekerja tu alhamdulillah nampaknya rezeki anda tue ada. Ada juga segelintir yang masih terkial-kial mencari pekerjaan. Sememangnya agak perit mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita dimasa kini ditambah pula dengan jurusan yang kita perolehi. Ramai antaranya mengambil jurusan kejuruteraan, bidang yang ketika zaman dahulu ramai pelajar tertarik.

Kalau diawal 70an, 80an dan 90an sebut jer ada diploma atau degree dalam engineering pasti mereka akan mudah mendapat pekerjaan. Sebabnya tidak ramai yang menceburi bidang ini dan permintaan pun banyak. Tapi tidak di era Y2K dimana bidang ini telah mengeluar ratusan ribu graduan. Saingan begitu sengit. Peluang pekerjaan sikit dibandingkan dengan jumlah graduan yang umpama macam cendawan tumbuh.

Tidak hairanlah ada yang bekerja sebagai kerani tetapi memiliki segulung ijazah. Bekerja di dalam makmal tapi mempunyai diploma dalam bidang sivil atau mekanikal. Yang pasti dimana ada peluang disitulah kita rebut tanpa menyedari sebenarya kita mempunyai skill dibidang yang lain. Terdesak dengan keadaan semasa, apa pun tak kisah. Janji dapat menampung sara hidup dah memadai.  Kekadang terfikir juga betapa rugi sekiranya kemahiran yang kita ada tidak digunakan pada tempat yang betul. Cuba bayangkan belajar sampai nak gila tapi lain pulak endingnya.

Tapi tak perlu dirisaukan kerana menuntut ilmu tu tidak merugikan. Mungkin dimasa akan datang kita akan menggunakan ilmu/kemahiran yang kita miliki itu ditempat lain..... Siapa tahu???? Sekurang2nya kita telah memperolehi ilmu dan pengalaman didalam 2 bidang. Secara tidak lansung ia merupakan bonus untuk kita.


Itu cerita siapa yang berminat makan gaji. Bagaimana pula dengan segelintir yang mengimpikan bisnes sendiri. Dah ler kerja susah nak dapat maka berjinak2 dengan bisnes kecil2an. Pada yang mempunyai cita2 sebegini fikirlah semasak-masaknya. Bukan mudah untuk melakukan sekira tidak mempunyai semangat yang kental.


Peringkat awalan memang merumitkan.Sebelum hendak memulakan sesuatu bisnes tanyalah pada diri sendiri apakah kita mampu menghadapi risikonya. Pendekata banyak perkara yang perlu dikaji. Pada yang berkeinginan mempunyai bisnes sendiri, fikirkanlah sedalam-dalamnya. Dalam Islam pun digalakan berniaga.


Pada x-ITC yang baru mula meniaga, selamat menempuh dugaan dan rintangan. Harus bersedia menghadapi cabaran2 yang mendatang. Jangan putus asa. Maju dan terus maju. Pada yang dah tak bertahan lama perniagaannya selamat bekerja menikmati status makan gaji. Pada yang teingin nak meniaga fikirlah semasak-masaknya. Apa pun semuanya di tangan anda. Anda yang menentukannyer. Semoga segala yang kita hajatkan akan dirahmati dan di redhai olehNYA.