DUNIA ITC




Syukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana hasrat untuk mendidik dan berkongsi pengalaman bersama anak-anak watan termakbul dengan tertubuhnya ITC milik sendiri. Tahun 2011 genap usia ITC 10 tahun. Tidak dinafikan bukan mudah untuk mencapai sampai ketahap ini. Banyak liku-liku, asam garam dan pahit maungnya yang ditempuh. Namun semua itu tidak mematahkan semangat untuk terus membela nasib anak-anak watan di bidang akademik.

Menyentuh mengenai sejarah silam bukan senang memilih jalan sebegini. Kesan dari kemerosotan ekonomi pada lewat 90an mengheret kepada keinginan untuk bekerja sendiri. Biarpun jalan yang dipilih bukan menjamin masa depan tapi pada hakikatnya hingga kini masih utuh.

Walaupun pulangan tidak seberapa jka dibandingkan dengan keringat yang keluar, tapi kepuasan yang dikecapi sungguh bermakna apabila apa yang dirancang semuanya menjadi seperti yang diharapkan.

Alhamdulillah semua bekas warga ITC telah berjaya dibidang masing-masing. Sememangnya anda insan yang ISTIMEWA . ITC amat berBANGGA dengan anda semua. Siapalah ITC tanpa anda semua. Semangat andalah yang membuatkan ITC bertahan sampai ke hari ini.

Sekali lagi ITC merakamkan terimakasih kepada anda semua kerana sudi menjadi warga ITC. Semoga impian anda semua akan menjadi kenyataan.

...........    K E A R A H    K E C E M E R L A N G A N  ............

(Gambar-gambar kenangan akan di muat turun dari masa kesemasa)