Wednesday, April 6, 2011

SMK Pengkalan U-18 Johan Zon

Lama tak menulis di tampalan ini. Hari Isnin yang baru nie aku dan AJ telah ke Tepian Gelanggang (Kompleks Sukan Negeri Perak) menyaksikan perlawanan sepaktakraw bawah 18 tahun, peringkat sekolah daerah Kinta memasuki peringakat separuh akhir dan akhir. Seperti biasa ada anak buah aku main mewakili SMK Pengkalan. Disaingan separuh akhir SMK Pengkalan berjaya menewaskan SM Teknik Lebuh Cator. Memang dah diduga mereka berjaya ke saingan akhir.



Yang menunggu di akhir ialah SMK Jati. Saingan memang sengit hingga berlarutan ke regu ketiga. Cuak jugak sekolah SMK Pengkalan. Tapi nasib menyebelahi mereka. Secara peribadi memang kedua dua sekolah memiliki kelebihan sendiri.


Sebenarnya aku kesana nak tengok SM Gunung Rapat main. Sekolah ni memang sekolah projek sukan negeri Perak. Kebetulan SMGR juara zon A. So, mereka bertemu dengan SMK Pengkalan. Manakala SMK Jati bertemu dgn SMK Ulu Kinta.

Tepat pukul 2pm game pun dah nak mula. Sesi warm -up saja dah rasa gerun jer pemain SMK Pengkalan bila nengok SMGR. Bukan setakat tue.....cikgu deme pun dah mengaku kalah sebelum bertanding. Aku mengikutilah  regu pertama bermain. Alahai ...memang macam langit dan bumi.


Aku rasa SMGR hanya menggunakan 50% jer kut. Feeder SMK Pengkalan memang nak bunuh killer dia, Angkat bola entah kemana-mana. Hahahahaha.....lagi bagus feeder bawah 15 tahun SMK Pengkalan. Jenuh ler killer mencari bola. Aduhhhh ....kelakar pun ada. Mungkin gerun kut bila bertemu SMGR. Muka pun nampak cuak. Regu kedua aku tengok sekerat jalan jer. Dah boleh tau keputusannya....memang sah mereka kalah.


Tapi tahniah jugak kepada SMK Pengkalan yang berjaya sampai ketahap itu. Sekurangnya mereka berjaya menjadi johan zon B. Tahniah pada cikgu takraw (  cikgu B dan cikgu T ) SMK Pengkalan yang telah membawa sampai menjadi johan zon. Antara gambar2 yang sempat di rakam.:









No comments:

Post a Comment