Saturday, March 19, 2011

Penangan Fixie......


Sekarang ni sibuk cerita pasal fixie. Wah!... mcm pisang goreng panas. Untung besar kedai basikal yang menjual fixie. Tempat aku tinggal pun kecoh gak. Mana yang berkemampuan beli la yang original... mana yang ongkos sederhana, beli second hand....mana yang ada ciput jer ....beli loose. 

Ada yang kena tipu beli barang.....maklumlah baru berjinak-jinak....so tak tau ler harga sebenar. Bila dah beli rupanyer kena tipu. Macam macam hal aku dengar. 
Bagus gak fixie nie...boleh dijadikan alatan untuk excercise...badan pun sihat.


Lepas tue ramai la kawan. Group pun ada. Bila free mula la merancang nak konvoi beramai-ramai. Macam macam la aktiviti yang terlintas di kepala. Bak kata, every week ada jer program.

Aku harap bila budak budak nie yang dah join dengan fixie ni buat la aktiviti yang berfaedah yang menjana wawasan. Jangan ada hasad dengki, tindas menindas dan apa apa yang negative la.  



Tidak terlambat aku mengucapkan tahniah kepada saudara aku yang baru jer membuka syarikat sendiri di Lembah Klang. Syarikat menjual basikal + fixie. Memang otak bisnes dia nie. Mengambil kesempatan ketika fixie menjadi barangan yang popular semasa ini. Dengar cerita ia memberi pulangan yang besar.......tahniah..tahniah..tahniah...





No comments:

Post a Comment