Wednesday, March 30, 2011

SMK Pengkalan ( Takraw U-15)

SMK PENGKALAN (U-15)
Semalam bersama FAJ dan AM pergi ke Komplek Sukan Ipoh menyaksikan anak buah ITC bertanding dalam sepak takraw bawah 15 tahun antara sekolah sekolah daerah Kinta. Sebelum tue singgah ke gerai yang lama tak aku lawati. Mungkin dah 5 tahun kut. Pekena kueteow kerang + sup fish ball. Perghhh...mmg tak ubah rasanyer. Yang berubah cuma harga nya. Kalau dulu RM 2.50 sekarang dah RM 3.70. Mahal kalau sedap apa ada hal. Memang puashati.

Luar dewan

Habis sarapan kami pun pergilah ke kompleks sukan. Rupanya anak buah aku dah pun membuka tirai perlawanan. Menang regu pertama tapi tewas pada regu kedua. Tak silap bertemu SMK Taman Jati. Sebelum perlawanan kedua bertemu SMK Anderson sempat jugak aku merakamkan gambar2 mereka.

warm up

suka hati

Pasal mereka nie baru je dalam sukan nie.....warm up pun ala kadar jer. Tapi seronok jugak melihat telatah mereka bila memanaskan badan sebelum bertemu SM Anderson.

tekong n killer

terbaik

best of the best
Habis jer warm up terus jer masuk gelanggang. Wahhh...confident jer mereka semua. Seperti di duga memang menang ler. Dengan tekong yang mantap, feeder yang baik dan killer cilik yang agresif , SMK Pengkalan beroleh kemenangan walau pun SM Anderson lebih banyak main 'rogol' (ketandusan idea). Kepimpinan dan ketenangan ketua di kedua dua regu merupakan tonggak kekuatan SMK Pengkalan. Kedua-dua tekong mempunyai kelebihan masing-masing. SYABAS!




Pukul 12 perlawanan tamat. Bersambung ke pukul 2pm. Perlawanan akhir bertemu SMK Pusing. Semasa perlawanan nie aku bersama FAJ dan AM dah pun balik. Dikhabarkan SMK Pengkalan menang kedua-dua set. TAHNIAH sekali lagi.







1 comment: