Wednesday, August 31, 2011

31 Ogos.........


sempena kemerdekaan yang ke 54 Negara Malaysia yang dicintai ini ..
saya berdoa dan dengan harapan..
semoga Malaysia akan sentiasa
aman makmur dan sentosa ..
merdeka kanlah diri ...
merdeka kanlah jiwa ...
kearah cara hidup yang lebih produktif
seiring dengan
iman yang penuh di dada ....
merdeka!...merdeka!...merdeka!

AIDILFITRI

Perginya nur itu
Terbitnya fajar suria
Burung berirama berkicau riang
Memecah suasana pagi yg gemilang

Hari ini hari yg bahagia

Telah sepurnama berjuang
Kini mendapat kejayaan.....

Sinar suria begitu merah ia menyala

Seakan mengerti kebahagiaan yg dinikmati
Meniti dibibir jua dihati.....

Kini.....

Aidilfitri bertamu kembali
Mengikat kasih ukhwah yg dibina
Mengeratkan tautan kasih yg terlerai
Dalam tutur santun bicara
Tersemat seribu makna
Tersurat satu persoalan
Tersirat seribu jawapan.....
Hanya pandangan mata dan bisikan hati
Mengerti makna sebenar Aidifitri...

Dikala hujan itu.....

Kata-kata maaf menjadi ungkaian bicara
Memohon mendapat rahmat
Memohon mendapat hidayat

Undurnya langkah bukannya mengalah

Maranya tapak bukannya mahu melawan
Tapi..........
Geraknya kaki itu
Adalah untuk membuka
Satu lembaran dalam hidup sempena
SYAWAL YANG TIBA...........

Saturday, August 27, 2011

Setahun sekali lah katakannnnnn.........

BEGITU cepat masa berlalu. Kini, kita sudah berada di penghujung Ramadhan, bermakna giliran Syawal pula bakal menjelma.

Hari-hari terakhir sebegini sesetengah kita sedang sibuk dengan persiapan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri.

Lihat saja kanak-kanak, memang merekalah yang paling seronok. Maklumlah segala-galanya serba baru. Pakaian baru, kasut baru, baju baru dan pendek kata semuanya baru.


Ibu bapa pula sanggup berhabisan untuk berbelanja semua itu. Tidak kisah dan tidak mengapa, kerana beraya pun setahun sekali. Ucapan yang selalu kita dengar.

Gedung dan pasar raya pun mengambil kesempatan kerana semua turun berkampung, malah segala mak nenek dan keturunan dikerah ke pasar raya. Kelabu mata dibuatnya dengan tawaran, ‘sale’ disana sini.

Berkumandang lagu raya di corong radio dan televisyen, manakala jalan raya sesak memanjang ke mana-mana destinasi dan pendek kata Syawal yang bakal diraikan serba meriah.

Pada hari raya memang patut kita bergembira, maklumlah sudah sebulan kita berlapar menahan ujian berpuasa. Cuma kali ini sedikit coretan untuk remaja, Muslimin dan Muslimat konsep hari raya menurut Islam.

Aidilfitri maknanya ialah pulang dalam keadaan fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan.

Ramadhan sebagai bulan pembersih dan pencuci. Ia membersih diri kita daripada sifat kedekut dan menanam sifat pemurah.

Ia juga membersihkan sifat individualistik (keakuan) serta menggantikan sifat kasih sayang dan tolong menolong (kemasyarakatan).

Solat Tarawih membersihkan dosa, solat Tahajud, ibadat membaca al-Qur’aan, berlapar, bersedekah dan zakat fitrah adalah pembersih.

Apa yang dibersihkannya? Yang dibersihkan adalah hati daripada sifat mazmumah (keji). Bersih dalaman inilah yang menyempurnakan makna takwa yang menjadi tujuan kita berpuasa.

Sebenarnya menyambut hari raya bukan sahaja dengan baju baru, pakaian baru, rumah baru, sofa baru, kuih-muih baru tetapi menyambut raya ialah dengan jiwa yang baru, iaitu jiwa yang berjaya mengekang dan mendidik hawa nafsu.

Apalah ertinya 1 Syawal yang kita sambut dengan serba baru, sedangkan perangai kita adalah yang lama dan tidak berubah. Sikap ego tidak berubah, malas macam dulu juga, bercakap kasar berterusan dan melanggar disiplin dengan selamba sahaja.

Oleh kerana ibadat puasa pada Ramadhan berteraskan akidah, maka cara menyambut Idulfitri mestilah juga menurut acuan akidah.

Bukan sahaja dengan solat Idulfitri tetapi acuan akidah itu dalam keseluruhan cara menyambutnya, termasuk cara berpakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat, makanan dan minuman tidak melampau, pergaulan lelaki dan wanita berteraskan syariat, manakala bentuk hiburan dan cara berhibur jangan pula sampai terbabas daripada tuntutan syariat.

Demikian juga bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim mesti di elakkan. Makan minum jangan jadikan perut seperti tong sampah. Sebulan berpantang jaga itu dan ini takkanlah semua itu roboh dan musnah pada 1 Syawal.

Tuesday, August 23, 2011

ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR



Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.


Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Perkataan yang indah adalah ALLAH,
lagu yang merdu adalah ADZAN,
media yang terbaik adalah AL-QURAN,
senaman yang sehat adalah SOLAT,
diet yang sempurna adalah PUASA,

kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU’,
perjalanan yang indah adalah HAJI,
khayalan yang baik adalah ingat DOSA dan TAUBAT,
perasaan yang indah adalah KEBAHAGIAAN.
Selamat menyambut bulan suci Ramadhan