Ramai bekas pelajar ITC yang telah menamatkan pelajaran di menara gading. Mana yang dah bekerja tu alhamdulillah nampaknya rezeki anda tue ada. Ada juga segelintir yang masih terkial-kial mencari pekerjaan. Sememangnya agak perit mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita dimasa kini ditambah pula dengan jurusan yang kita perolehi. Ramai antaranya mengambil jurusan kejuruteraan, bidang yang ketika zaman dahulu ramai pelajar tertarik.
Kalau diawal 70an, 80an dan 90an sebut jer ada diploma atau degree dalam engineering pasti mereka akan mudah mendapat pekerjaan. Sebabnya tidak ramai yang menceburi bidang ini dan permintaan pun banyak. Tapi tidak di era Y2K dimana bidang ini telah mengeluar ratusan ribu graduan. Saingan begitu sengit. Peluang pekerjaan sikit dibandingkan dengan jumlah graduan yang umpama macam cendawan tumbuh.
Tidak hairanlah ada yang bekerja sebagai kerani tetapi memiliki segulung ijazah. Bekerja di dalam makmal tapi mempunyai diploma dalam bidang sivil atau mekanikal. Yang pasti dimana ada peluang disitulah kita rebut tanpa menyedari sebenarya kita mempunyai skill dibidang yang lain. Terdesak dengan keadaan semasa, apa pun tak kisah. Janji dapat menampung sara hidup dah memadai. Kekadang terfikir juga betapa rugi sekiranya kemahiran yang kita ada tidak digunakan pada tempat yang betul. Cuba bayangkan belajar sampai nak gila tapi lain pulak endingnya.
Tapi tak perlu dirisaukan kerana menuntut ilmu tu tidak merugikan. Mungkin dimasa akan datang kita akan menggunakan ilmu/kemahiran yang kita miliki itu ditempat lain..... Siapa tahu???? Sekurang2nya kita telah memperolehi ilmu dan pengalaman didalam 2 bidang. Secara tidak lansung ia merupakan bonus untuk kita.
Itu cerita siapa yang berminat makan gaji. Bagaimana pula dengan segelintir yang mengimpikan bisnes sendiri. Dah ler kerja susah nak dapat maka berjinak2 dengan bisnes kecil2an. Pada yang mempunyai cita2 sebegini fikirlah semasak-masaknya. Bukan mudah untuk melakukan sekira tidak mempunyai semangat yang kental.
Peringkat awalan memang merumitkan.Sebelum hendak memulakan sesuatu bisnes tanyalah pada diri sendiri apakah kita mampu menghadapi risikonya. Pendekata banyak perkara yang perlu dikaji. Pada yang berkeinginan mempunyai bisnes sendiri, fikirkanlah sedalam-dalamnya. Dalam Islam pun digalakan berniaga.
Pada x-ITC yang baru mula meniaga, selamat menempuh dugaan dan rintangan. Harus bersedia menghadapi cabaran2 yang mendatang. Jangan putus asa. Maju dan terus maju. Pada yang dah tak bertahan lama perniagaannya selamat bekerja menikmati status makan gaji. Pada yang teingin nak meniaga fikirlah semasak-masaknya. Apa pun semuanya di tangan anda. Anda yang menentukannyer. Semoga segala yang kita hajatkan akan dirahmati dan di redhai olehNYA.
No comments:
Post a Comment