Hebat anak-anak zaman sekarang....apa saja hendak semua dipenuhi. Ibubapa bertungkus lumus mencari rezeki semata-mata ingin melihat keluarga bahagia. "Ayah, abang nak handphone"..."mak, akak nak camera digital". Mudah saja dia meminta. Kerana sayangkan si anak lalu dipenuhi permintaan mereka.
Zaman dulu belum tentu dapat segala yang diinginkan. Selalunya kena ada sesuatu untuk dijadikan umpan.
"Kalau nak basikal ayah boleh belikan...dengan syarat SRP dapat aggregate 10 ke bawah"..... "mak bole belikan tapi kena dapat pangkat 1 dalam SPM" . Itu pun kalau si anak fikir mak ayah mereka berkemampuan. Kalau tak pendam saja lah keinginan.
Memang hebat anak-anak sekarang. Mintak jer semua dapat. Orang kata "sayang anak" lah katakan.Ya lah, siapa yang tak sayang anak. Cuma persoalannya adakah anak tu sayang pada mak ayah mereka.? Adakah mereka menurut kata mak ayah mereka.? Impian mak ayah selalunya ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Dalam ertikata dari semua aspek.
Pada anak-anak.....pengorbanan yang diberikan oleh ibu bapa , tiada balasan yang diperlukan... tidak perlu belikan rumah besar, tidak perlu belikan kereta besar, cukup dengan sekadar anak-anak belajar belajar dan belajar dan capai kejayaan yang cemerlang... bukan untuk siapa, untuk diri sendiri juga... Jadilah insan yang berguna. Kalau nak meminta sesuatu biarlah berpada-pada, jangan meminta di luar kemampuan mereka. Simpatilah pada mak ayah yang hidup sederhana. Kerana sayangkan anak sanggup bertungkus lumus semata-mata untuk memenuhi permintaan si anak.
Anak....
Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
No comments:
Post a Comment