Wednesday, March 16, 2011

Seladang Gembira..... Penyu Menangis

Bertolak dari rumah pukul 7.55 malam. Seperti biasa bersama anak buah pergi ke stadium. Samapi saja di main road stadium rupanya jalan ditutup sebab ada orang kenamaan nak lalu. Punya la tension...terpaksa parkir kereta jauh dari stadium. Kenalah berjalan kaki. Itu pun nasib baik parkir di Veledrome Rakyat dibuka. Mula terfikir kalau lah aku jadi VIP mesti best agaknya.....Tak perlu susah susah cari parkir.


 Lebih kurang 10 minit barulah sampai di pintu stadium. Kelihatan ramai juga yang ingin melihat perlawanan FA antara Perak dengan Terengganu.




Selepas lagu Negaraku berkumandangan baru lah permaianan bermula.Padang cantik walaupun hujan gerimis pada awalnya. Penonton seperti biasa masing-masing dengan kerenah. Ada yang bawa anak kecil.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
dari aras satu

kelab penyokong
Separuh masa pertama kedudukkan seri 1-1 hasil jaringan cantik Isma . Time rehat aku dan member mula mengomen tentang game tadi. Yang pasti Perak tiada striker pada malam ni. Terengganu pun main bagus. Semua posisi bagus.

selingan
 Sebaik saja separuh masa kedua nak bermula ada pengumuman...rupa-rupanya Sultan Perak mencemar duli menyaksikan perlawanan. Apa lagi, mungkin semangat pemain Perak bertambah. Gol kedua dan ketiga pun menjelma. Ingatkan Perak akan menang dengan aggregate 3-1,....rupanya diminit-minit terakhir Terengganu menyumbat gol kedua. Keputusan muktamad Perak 3 - 2 Terengganu. Tugas berat bakal menanti pada perlawanan timbal balik nanti.

Apa pun janji tak kalah malam ni. Still memegang rekod tanpa kalah....Bravo Perak...cayalahhhhh
Antara gambar yang dapat dirakam:

peminat setia Perak
kacang putih satu...













No comments:

Post a Comment