Sunday, March 20, 2011

Aduhhh.....Perak kalah.

Nampaknya Perak kalah buat pertama kali nya sejak pra musim. Kekalahan Perak 1-3 di Terengganu bermakna Perak terkeluar dari saingan Piala FA. Dengor citer lampu limpah problem. Agaknya tanda-tanda kekalahn la tue...ekekeke.

Pada penyokong fanatik Perak yang ke Terengganu...syabas kerana sanggup bersama pasukan Perak ke Terengganu. Teringat pulak masa zaman aku bujang dulu...hanya stadium Kucing dan stadium Likas jer aku tak terjah. Lain semua aku pergi.

Imbas kembali zaman dulu bila time nak pergi tu seronok jer. Bila time balik tue lah yang jadi masalah. Kalau menang memang seronok lah, tapi kalau team kalah "bercinta" nak balik. Punya la angin satu badan. Dah ler nak balik makan masa berjam-jam, lepas tue kalah pulak aduhhhh.

Tapi memang seronok lah.....dalam perjalanan balik dok citer pasal game tue jer. Itu kalau menang. Kalau kalah.......hahahahaha masing masing muka ketat. Diam seribu bahasa. Yang sakit si pemandu. Pandu la sampai ke Ipoh. Yang lain semua tido....layan perasaan. Memang seronok.

Apa pun tahniah pada team Perak yang sampai ke suku akhir. Kalah pun kerana aggregate.....Janji kat stadium kita Perak menang........KEJOR YOB KEJOR.


You'll Never Walk Alone.

No comments:

Post a Comment